diorg ni yg TERBAEK!! anda? bila lagi?

Friday, October 17, 2008

mahasiswa yang mendepani cabaran?

contengan fatin sulaiman at 9:58 PM
mahasiswa mendepani cabaran global.. itulah slogan jabatan aku. tapi apa dah jadi dengan mahasiswa sekarang? kebebasan bersuara yang disalah gunakan...

hari ini, 17 November 2008, sekelompok mahasiswa yang aku kira bertamadun berkumpul beramai-ramai di hadapan Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) UKM untuk menyampaikan memorandum berkenaan pilihanraya kampus yang bakal menjelang. aku sendiri tidak faham apa gunanya semua itu. perkara pertama yg terlintas di fikiran aku masa itu adalah imej UKM selepas ini dimata rakyat. apa kan jadi dengan masa depan para graduan yang bakal menamatkan pengajian nanti. apa kah nasib kami? apa kata bakal majikan kami dengan tindakan segelintir insan yang menggellar mereka Gabungan Mahasiswa.

aku lihat dengan mata sendiri tindakan mereka, mengangkat logo2 universiti tercinta, melaung2 slogan mereka, menjulang-julang sepanduk buatan sendiri. inilah mahasiswa yg bertamadun kononnya. adakah berul tindakan mereka ini? tepuk dada, tanya selera. lihat lah dengan mata hati. kita golongan intelektual, kita golongan terpelajar, kita tau apa yg kita lakukan. adakah ini mahasiswa sebenar? inikah yang kita perlukan?

seorang sahabat turun bersama mereka. ingin merasa sendiri apa perasaannya berada bersama-sama mereka. bila sang sahabat bertanya kepada salah seorang mereka "apa yg adik buat nieh?" dia hanya menjawab dengan menuding jari kepada pemimpin di hadapan yang sedang melaung-laung bagai anak kehilang ibu. ditanya lagi "mana memorandumnya?" dia hanya menggelang kepala. lihat sendi. bagaimana mereka sendiri kabur dengan erti sebuah perjuangan, bagaimana mereka ibarat terpengaruh dengan janji2 kosong retorik berkesan. aku kasihan melihat mereka. inikah mahasiswa mendepani cabaran global?

katanya mahu ketemu Menteri KPT, nak sampaikan memorandum. mahukan pilihanraya yang telus lagi bersih. mahu pantauan badan2 sprt MALEF dan sebagainya.. ibarat diri sendiri tidak yakin dengan kemampuan sistem yg dicipta sendiri...

renungkan...mahasiswa
(aku sempat merakam beberapa foto demonstrasi mereka, akan di upload tidak lama lagi)

3 nasik tambah on "mahasiswa yang mendepani cabaran?"

MIAhaha on October 20, 2008 at 10:15 PM said...

uuuuuuuuuuuu...
politik..interesting....

fatin sulaiman on October 21, 2008 at 11:12 PM said...

thanx babe!!! do gimme a visit next time...
p/s: ni perli ke puji? huhu

Anonymous said...

awk ni tesalah bg info ni.
17 oktober la.....

 

dunia maya fatin Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez