diorg ni yg TERBAEK!! anda? bila lagi?

Tuesday, November 25, 2008

Diari idaman

contengan fatin sulaiman at 7:56 PM

salam.. hai sumer.. just nak hebahkan bahawasanya, aku telah berjaya mendapatkan sebuah diari yg sangat aku idamkan selama ini. tak mahal pun harganya, RM10.90 jer. tapi, aku terpaksa lupakan hasrat aku sebelum ni sebab kekangan duit dan beberapa masalah.

yang membuatkan aku betul-betul nak sangat diari ni adalah apabila aku tengok ex-roommate aku ada. aku baca isi kandungan diari ni dan sangat memberi kesan pada aku. jadi, aku pun tanam niat nak beli satu. samapia la satu hari aku ada terjumpa, dah nak beli dah pun, tapi tengok-tengok, aku cuma adal RM20 je time tu. aku terpaksa lepaskan dulu diari ini sebab fikir, sebab diari ni aku tak boleh makan. aku sebenarnya bukan fikir sangat perut ni, tapi fikir mak ayah yang selalu hantar duit. aku tak sanggup nak merapu sangat. so, aku terpaksa simpan kemas niat aku tu dulu.

ada pula satu hari aku pergi satu kedai buku di warta dengan faizi dan beberapa teman yang lain. sekali lagi mata aku terlihat diari ni. aku dah pegang dah nak bayar. lagipun, diari ni ada satu tu saja yang terakhir. faizi yang nak bayarkan. tapi aku tak sampai hati sebab aku tahu dia pun tak ada duit sangta masa tu. tak kesampaian lagi sekali niat aku, tapi aku redha.

kali ketiga aku tengok diari tu pagi tadi. masa nak pergi cari sedikit stationeries untuk office, tangan aku dah pegang. mula-mula fikir jugak duit. memang aku dah tak de duit langsung, tapi aku beranikan diri mintak tolong faizi bayarkan. sebab aku tahu, buat masa ni ekonomi kami dah agak stabil dari dulu. Alhamdulillah dia sanggup bayarkan. aku sangat la happy, satu jer perkataan yg kuar masa tu untuk faizi "Terima Kasih"

mungkin orang ingat ia hanya sebuah diari biasa, tapi bagi aku, ia sebagai satu pegnagn dan landansan untuk aku berpegang teguh ke jalan Allah setiap masa kerana banyak pedoman yang aku boleh dapat melalui diari tu. ada juga untuk aku kongsi dengan pembaca sekalian, antaranya ;

"wanita, apabila setiap pekerjaan hariannya dilakukan kerana Allah, nescaya pahala yang diterima berganda-ganda..oleh itu sentiasa mulakan apa-apa pekerjaan dengan lafaz Bismullah..."

"peribadi Muslimah,(1)wanita Islam dengan tuhannya, (2)wanita Islam dengan dirinya, (3)wanita Isalam dengan Ibu Bapanya, (4)wanita Islam dengan suaminya, (5)wanita Islam dengan anak-anak dan menantunya, (6)wanita Islam dengan jirannya, (7)wanita Islam dengan saudara dan sahabatnya, (8)wanita Islam dengan pekerja professionalnya."

"berikan sepenuh kasih sayang kepada kedua Ibu Bapa, kerana mereka adalah pemegang tali penghubung nyawa ketika kamu meningkat dewasa;kasih mereka terhadap anak adalah kasih titik peluh yang tidak mungkin terbalas"

"kasihi keluargamu, kerana mereka adalah insan yang paling rapat dalam hidupmu dan tak mungkin dapat dipisahkan dengan apa jua pun;bagai dicindang air yang tidak akan putus"

"berbudi luhur dan beramah mesra dengan jiran tenagga, kerana mereka adalah sebahagian dari keluarga kamu"

"dari itu, sayangkan dirimu, cintai Allah dan kasihi akan Rasul-Nya;kerana tidak dijadikan kekasih-Nya, Muhammad, melainkan menjadi rahmat semesta alam"

"berpegang teguh kepada keimanan yang kamu tanamkan ibarat pokok yang tidak berganjak dipukul ribut;kerana itu adalah satu-satunya keselamatan di sunia dan di akhirat"

"Semoga Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang mencucuri kasih dan sayang kepada hamba-Nya yang khusyuk dalam menyintai-Nya"

6 nasik tambah on "Diari idaman"

didieadila on November 25, 2008 at 11:48 PM said...

hoho..
besh x...
aku sdg memerlukan buku yg blh menginsafkan aku yg agk jht n jahil skg...huhu..
any suggestion?

fatin sulaiman on November 26, 2008 at 9:22 AM said...

beli ja diari ni babe...huhu

faizi on November 26, 2008 at 1:20 PM said...

ha'a..selamat datang... murah murah murah....10.90 sahaja..rugi kalau tak beli.....belilah wahai muslimah sejati......hahaha
wanita hiasan duniaa....
seindah hiasan adalah wanita solehahhhh,
yang akan membahagiakan syuga...
didalam rumah tangga.......(petikan dari lagu In team)huhu

fatin sulaiman on November 26, 2008 at 1:26 PM said...

ahaks... tau ler lagu saper nyanyi

zairi on November 29, 2008 at 8:36 AM said...

anak yang solehah yang sentiasa mendoa kan ibu bapa nya ketika di dunia dan di akhirat...

selamat maju jaya...dah maju dan jaya, jangan lupa tanggung jawab kat mak+ayah walau pun kamu tu anak pompuan dah dah berkawen.

fatin sulaiman on December 30, 2008 at 8:11 AM said...

harus incik zairi

 

dunia maya fatin Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez