diorg ni yg TERBAEK!! anda? bila lagi?

Tuesday, July 6, 2010

zon selesa?

contengan fatin sulaiman at 12:50 PM

salam.. hai readers.. cik fatin tengah busy sekarang, tp curi2 masa untuk update blog yg tak seberapa ni. nak cerita pasal manusia yang berada dalam zon selesa.

entah kenapa tajuk ni terlintas di kepala cik fatin. ada seorang manusia yang cik fatin sangat respect suatu masa dulu. dia ni sangat bertanggungjawab dan ada banyak matlamat dalam hidup dia sampai kadang-kadang dia ketepikan kemahuan sendiri untuk orang lain. tu yang buat cik fatin sangat hormat pada dia.

tapi, semenjak dua menjak ni rasa hormat cik fatin makin lama makin luntur bila tengok attitude dia. jadi meluat pun ada. pelik.. di mana matlamat dan rasa tanggungjawab dia pada keluarga? seolah-olah hilang 100%. bila bercakap, macam-macam janji dia buat tapi nak kotakan satu pun susah. bila kehidupan dia dah jadi mudah dengan dia yang dah habis belajar, dia seolah-olah berada dalam zon yang sangat selesa dengan kehidupan dia yang serba mudah. makan di tanggung, minayk moto, tidur, baju.. semua nya mudah. maklumlah dah tinggal dengan family balik.

cik fatin tak suka dia jadi macam ni. dimana dia yang sangat bertanggungjawab dulu? pelik kan. manusia yang dulunya nak hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, bila berada dalam zon selesa, dia seolah-olah dah tak kisah. bila semua benda dah cukup, dia jadi cepat puas hati. sedangkan, rakan-rakan seperjuangannya masih struggle untuk meningkatkan taraf hidup. dia lebih memilih jalan selesa. kenapa dia jadi macam ni?

cik fatin tak tahu macam mana nak tolong dia. cik fatin dah marah, dah perli, dah sindir, dah kutuk dia depan-depan, tapi keadaan still sama. saban hari, cik fatin cuba berfikiran positif dengan berkata bahawa dia ada plan dia sendiri yang disimpan hingga waktu yang sesuai. mungkin memang begitu. tapi sekiranya tidak? bagaimana? kawan-kawan ada cadangan bagaimana cik fatin boleh bantu dia?

notakaki:: sangat sedih bila manusia yang kita hormati suatu masa dahulu berada di bawah. Ya Allah, bantulah hambaMu itu.. bukakanlah jalan untuknya.. Amin~

0 nasik tambah on "zon selesa?"

 

dunia maya fatin Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez