diorg ni yg TERBAEK!! anda? bila lagi?

Friday, August 13, 2010

berikan pada Fatin~

contengan fatin sulaiman at 8:08 AM
salam... hai readers and dear bloggers... fatin di pejabat sekarang, masih awal untuk memulakan tugas. hari ni hari jumaat, so, momentum untuk mula kerja datang sangat lambat since kebanyakan office around us tutup (jumaat di Kedah adalah cuti). memandangkan kami ni private company, so, kami perlu bertugas seperti biasa. masuk pejabat pagi tadi, fatin kemas-kemas benda yang nak kena buat hari ni kemudian fatin baca la news paper kejap. cover page cerita pasal hukuman mandatori buat mereka yang buang bayi dan 30tahun penjara untuk mereka yang cuba membunuh bayi mereka. bagus bukan? memang hukuman ni patut di buat dari dulu lagi untuk sedarkan mereka yang sanggup buat perbuatan terkutuk macam ni. siapa kita untuk laksanakan hukuman untuk insan kecil ni? somehow, pernah terlintas di fikiran fatin nak je jaga budak-budak ni. apa salahnya kalau fatin jadi pelindung diorang kalau yang dipertanggungjawabkan tak mampu nak galas tanggungjawab tu. fatin mampu nak jaga diorang. mungkin suatu hari nanti insyaAllah.. walaupun tugas itu tak semudah yang dikatakan, apa salahnya kalau fatin nak mencuba.

tengok baby ni.. sedih tengok. dalam rahim si ibu, dia teruja untuk keluar melihat dunia.. nak berbakti pada ayah dan ibu di dunia sebagai tanda terima kasih kerana memberi peluang kepadanya untuk melihat dunia dengan izin Allah. namun, alangkah sedih apabila dia dipaksa keluar sebegitu awal tanpa dapat bersedia menempuh dunia, lebih malang lagi dia dibuang di tempat yang tidak sepatutnya. Nauzubillah...

ngeri memikirkan tatkala mereka ini bangun dan menyoal tindakan ibu bapanya di Padang Mahsyar kelak...


0 nasik tambah on "berikan pada Fatin~"

 

dunia maya fatin Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez