diorg ni yg TERBAEK!! anda? bila lagi?

Saturday, November 22, 2008

langit tak sentiasa terang

contengan fatin sulaiman at 10:06 PM
salam blogging...

langit tak sentiasa terang, hidup tak sentiasa indah. ungkapan yang sangat istimewa dalam hidup aku. anak pertama dan aku kira mungkin cucu pertama dalam keluarga yang tinggal jauh dari keluarga. sangat membebankan aku. keluarga melihat sebagai perintis satu tradisi baru, tapi aku melihat ia sebagai satu bebanan yang aku pikul di bahu seorang diri. berat sekali. acapkali aku cuba berfikiran positif, aku ada tanggungjawab di sini. tapi, aku hanya manusia. acapkali juga ada hasutan syaitan. seringkali aku terpesong di bumi perantau ini. aku cuba beristighfar, kembali kepadaNya. maafkan tien ayah, mak..

langit tak sentiasa terang, hidup tak sentiasa indah. pancaroba hidup di perantauan banyak memberi pengalaman indah yang baru tidak lupa juga pengalaman pahit yang mendewasakan. semua itu mengajar, aku terima kerna apakan daya menolak qada' dan qadar tuhan. bak kata pujangga, walaupun pahit, ku telan jua. tapi,alasan sebagai manusia biasa tidak menghadkan aku kepada hanya menerima semuanya. aku cuba mengatasi, aku cuba mencari penyelesaian baru kepada sebarang duri yang hadir. jika bukan aku, siapa lagi.

langit tak sentiasa terang, hidup tak sentiasa indah. indahnya bumi orang, tapi aku sangat merindu bumi sendiri. dimana ada ayah dan mak, di situ tempatku. disitu tanahku, disitu cintaku. ayah dan emak pendorong terbesar dalam hidupku. aku dah tak punya kawan yang boleh dibawa bicara selain dia. dia yang menjaga segalanya mengenaiku disini, baik dari makan pakaiku, hingga tidurku. tak pernah merasa terbeban melayan kerenahku. inilah yang aku maksudkan dengan niat yang terpesong. munkin kurang kasih sayang dan perhatian disini, membuatkan aku ada dia. tapi aku tak kisah, selagi niat dan tanggungjawab pada keluarga tidak terganggua, dia aku izinkan menemani. mungkin ada hikmah yang tersembunyi.

langit tak sentiasa terang, hidup tak sentiasa indah. buat ayah dan bonda. ku kira mereka sedangg asyik bersembang di rumah sekarang. itulah rutin hidup baru mereka semenjak setahun ini setelah pemergianku. sedang menanti cucu ke4. alangkah indah hidup kurniaan tuhan ini. aku rindu ayah dan bonda. masih terasa hangat tangan ayah mengucap tahniah pada hari keputusan SPM ku keluar. ayah tidak pernah memeluk, tapi ucapan tahniah dan salamnya hari itu, sangat berlainan. hanya tuhan yang tahu betapa dia bangga. mak pula, masih terasa hangat pelukannya kala aku pulang dengan jeritan. mak juga tidak pernah memelukku. itu kali pertama dalam hidup dewasaku, mak memelukku, apa yang aku tahu kala itu, aku enggan melepaskan pelukan itu. syahdu rasanya.. mereka merupakan insan yang paling gembira hari itu. mak menangis menatap keputusan SPM ku. air mata gembira buat kali yang pertama keluar selepas segala onar yang aku buat.

langit tak sentiasa terang, hidup tak sentiasa indah. aku rindukan rumah. teratak kami di Kedah. tapi, masih terasa bahang panas yang menjilat rumah itu pada 26/12/07. rumahku, hangus dijilat api. segala kenangan selama 12 tahun aku disitu, lenyap begitu sahaja. masih terasa air mata mak mengalir dibahuku. mak terkulai, nyaris pengsan pabila terlalu banyak menghidu asap. mak menangis teresak-esak diluar, terduduk di jalanan melihat hasil titik peluh ayah selama ini hangus dijilat api dengan sekelip mata. ayah, tidak mampu berkata apa. ayah hanya tersenyum. aku tau dalam dirinya, masih bertarung dengan rasa kesal, tapi dia cuba kuat, memberi kekuatan kepada kami sekeluarga. malamnya, ayah menangis sendiri. ayah belum cukup kuat. siapa yang tegar melihat hasil usaha selamat 40 tahun lenyap begitu saja. pada masa itu, kawan-kawan dan saudara menjadi kekuatan terbesar ayah. tapi,aku lihat ayah dan mak masih fobia dengan api sekarang. bermula pada hari itu, aku berjanji pada diri untuk mempersembahkan sebuah rumah baru kepada ayah dan mak hasil titik peluh aku sendiri. mereka akan tinggal bersama keluargaku nanti.

langit tak sentiasa terang, hidup tak sentiasa indah. aku sudahi kiriman kali ini dengan luahan hati buat mereka yang ku glar ayah bonda.

"ayah dan bonda, doakanlah kejayaan fatin di rantauan. satu hari, fatin akan pulang dengan amat yang telah diamanahkan. usaha fatin ini yang akan membalas segala jerih yang ayah dan mak tanggung selama membesarkan fatin. sesungguhnya fatin selalu menyakiti ayah dan mak dengan keranah fatin. tapi satu sahaja harapan fatin, moga satu hari nanti, ayah dan mak dapat bergambar bersama fatin tatkala fatin menggenggam segulung ijazah. khas untuk ayah dan mak. ijazah itu bukan milik fatin, tapi hasil usaha ayah dan mak. saya sayang kalian"

3 nasik tambah on "langit tak sentiasa terang"

faizi on November 22, 2008 at 11:19 PM said...

don't give up...
sesungguhnya diri ini sentiasa menyokongmu...
mgkin ku jauh di belakang...tapi bagi mu semangat yang ku lihat...
come on... u r the tough gurl...
juz trust ur self...don lose ur self

fatin sulaiman on November 22, 2008 at 11:35 PM said...

eeiiii...jiwangs

Anonymous said...

salam..

maaf andai kehadiran ini menganggu kalian..sekadar ingin memberi pendapat, setiap yang berlaku ada hikmahnya, tuhan tidak pernah menyusahkan makhluk ciptaannya sia2 mungkin ada hikmah yang tersembunyi disebalik kedukaan..

sometime u must accept what've happen to you, try not to think of it, yes it difficult but u must face it, look forward there's always a way that u can find..

prove it what u said, make them happy..that what they just need..

 

dunia maya fatin Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez