diorg ni yg TERBAEK!! anda? bila lagi?

Tuesday, January 6, 2009

batu belah batu bertangkup

contengan fatin sulaiman at 10:59 PM

salam blogging... batu belah batu bertangkup.. apa signifikasi tajuk nieh... ni la masalah bila kita semakin meningkat dewasa ni. masalah orang yang suka memecah belahkan orang lain. ok tak orang macam ni? kita fikir dia pasukan, kita fikir dia kawan, tapi dialah batu belah batu bertangkup..dah dapat belum maksud aku? hehe.. meh nak jelaskan.. maksud aku batu belah batu bertangkup ni adalah mereka yang suka memecah belahkan orang lain. sehingga kadang kala kita melihat kawan sendiri sebagai lawan. seronok tak buat keje macam ni? ntah apa la yang diorang dapat kan? mungkin dia seronok kot kumpul dosa untuk bekalan hari tua. siapa tahu kan?


mana-mana pun akan ada insan macam ni dan kadang-kadang mereka ni jadi duri dalam daging. depan cakap lain, belakang cakap lain. depan cakap A belakang cakap G.. seronok tak? dia yang dapat faedah nya of course..tu la manusia. yang sembahyang, yang tak sembahyang, yang pakai tudung, yang tak pakai tudung, yang mulut longkang, yang mulut manis, macam-macam. susah nak percaya kat orang sekeliling walaupun kita dah lama kenal orang tu. mungkin korang pun tak boleh percaya aku. luaran tak menggambarkan apa-apa.

batu belah batu betangkup. bagi dan pada pendapatan aku la kan, insan sebegini samada mereka benci dengan orang yang dipecah belahkan atau pun mempunyai masalah sindrom nak jugak. sindrom nak jugak ini adalah satu perasaan nak rasa sesuatu yang orang lain ada. lebih kurang macam dengki jugak tapi lebih extreme. jauh di lubuk hati dia, dia nak sesuatu posisi sebagai contoh seorang ketua untuk memimpin pasukannya. mungkin dia rasa caranya lebih bagus. tapi, seperti yang aku katakan, mungkin je la. ada sebab mengapa dia tak dapat apa yang dia nak, sebabnya, dia tak layak pada pandangan mata orang lain. so, resolusi yang dia amik, cucuk sana, cucuk sini, bakar sana, bakar sini. tu la dia batu belah batu bertangkup. kalau betul2 jadi pada aku, mungkin aku akan lepaskan apa yang aku ada dan bagi jer pada dia. dia nak kan? buat apa nak halang. kita gembirakan hati semua. dia nak rasa, kita kasik rasa. bila dah rasa, jangan menyesal sudah. aku tak pernah menyesal dengan apa yang aku ada sekarang, dan aku tak akan sekali-kali menyesal kalau aku lepaskan apa yang aku ada sebab aku puas hati dengan apa yang aku buat. aku bagi apa yang orang nak. kan dikira mulia insyaAllah.. lebih baik tak ada apa2 dari kita menjadi penyebab hamba Allah lain buat dosa. isk..sedih...

serius time ni aku rasa air mata dara aku akan menitik sebab aku macam tak sangka akan jadi benda macam ni. isu dengki mendengki antara mereka yang kita gelar sahabat. benda-benda macam ni yang buat aku hilang keyakinan kepada mereka yang menggelar diri sahabat. di perantauan ni kita hanya punya sahabat, tapi kalau sahabat sendiri makan kita, siapa lagi yang kita punya melainkan diri sendiri? batu belah batu betangkup ni mencalar perasaan aku sedalam yang pernah aku rasa satu masa dulu.tapi tak pa, mungkin kat dalam je kot yang tercalar, luar maintain insyaAllah..


kembali kepada isu di atas, batu belah batu bertangkup, biler la ko nak kena telan ngn ikan paus? kalau ko kena telan ngan ikan paus, senang hidup aku dan yang lain.. takkan ada masalah nak buat kerja, tak kan ada masalah nak jalankan aktiviti harian, tak kan ada masalah nak rasa kurang selesa dengan orang laen. hai batu belah batu bertangkup....... semoga Allah merahmati kita semua..amin

p/s : maaf pada yang terasa, hanya menulis untuk kepuasan diri sendiri. tiada kaitan dengan yg hidup atau yg telah meninggal dunia.

0 nasik tambah on "batu belah batu bertangkup"

 

dunia maya fatin Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez