diorg ni yg TERBAEK!! anda? bila lagi?

Tuesday, April 27, 2010

rezeki semuanya dari Tuhan

contengan fatin sulaiman at 7:40 PM


salam.. hai readers.. seperti yang dah fatin janji, lepas settle semua kerja & study, fatin akan kembali berblogging dan insyaAllah, lebih kerap lagi.. fatin tak kisah siapa yang baca atau tak ada pun yang baca. at least, this is a piece of my mind.

hari ni, 27 Aprul 2010. fatin dah berjaya lengkapkan satu lagi fasa dalam hidup fatin. fasa seorang mahasiswa. dalam fatin berjuang dalam fasa ni, dalam masa yang sama fatin berjuang atas nama Tuhan dan nak banggakan mak ayah. to be truth, i am the 1st one dalam family yang masuk Uni. the 1st one dalam family mak. it is not something i wanna be proud of, but it is something my parents gonna do. fatin tak pernah nak ayah dengan mak fatin rasa malu dengan fatin, cukuplah apa yang pernah fatin buat masa fatin form4 dulu. that was the 1st and the last. insyaAllah.. fatin tak nak cerita apa yang jadi, sebab fatin sendiri tak nak ingat.

masa fatin habis exam tadi, apa yang fatin bayangkan adalah nak dengar suara parents dulu. they are the very 1st person yang fatin nak bagi tahu, fatin dah habis exam FOREVER. malangnya, handphone tak bawak & kredit kasih pun tak banyak. so, tepaksalah fatin tunggu dah sampai bilik dulu baru call. and, as i expected, mak dengan ayah macam tak percaya. dah banyak kali fatin bagi tau yang last paper is on 27th and after that, there will be no more (i dont plan to further masters dlm masa terdekat ni). when i called that just now i can feel their joy. they keep asking me, dah habis exam ke? dah habis exam ke? dan yang paling best adalah, soalan bila kamu nak balik? huhu... tak terjawab semua soalan tu...

so, sementara menunggu tarikh konvo. everything was well planned by my father. dia dah carikan kerja. so, balik nanti, rehat sekejap, then bermula lah kerjaya saya sebagai anak yang cuba bahagiakan kedua ayah dan emak.. kerja tu, akan di beritahu nanti. bila fatin dah betul-betul start kerja nanti. fatin dan plan, dalam masa dua tahun yang pertama ni, fatin akan cuba jadi anak yang solehah, kakak yang supportive, ibu saudara yang sempoi dan bakal permaisuri kepada kasih (insyaAllah) yang cukup segalanya.

dah habis study ni, fatin dah buat plan. untuk ayah dan emak, insyaAllah, fatin yang akan support diorang top to bottom since ayah dah pencen. tien akan mainkan peranan sebagai ketua keluarga sebab yang lain semua dah ada keluarga sendiri, so, fatin la tempat diorang bergantung. thats why, fatin kena balik kedah, lupakan hasrat nak buat master dan kerja kat area putrajaya. but the sacrifice pays since i can see their smile all the time. that is more than anything in this world. untuk dua adik fatin, Azhani Sulaiman dan Umi Shakinah Sulaiman, fatin tempat diorang bergantung harap untuk melanjutkan pelajaran. azhani sekarang ni tengah ambik diploma kat Politeknik Sulatanah Bahiyah, Kulim Kedah. insyaAllah dia akan grad tahun depan 2011. umi pulak masih di sekolah menengah. tahun ni PMR. so, fatin tak boleh buat main-main dengan diorang ni. fatin nak tengok diorang berjaya dan boleh jadi orang nanti. jadi someone. untuk anak-anak (saudara) fatin pulak, fatin akan ajar diorang jadi lagi rajin & cover balik masa empat tahun fatin di luar Kedah dengan diorang. diorang pun selalu je call fatin tanya bila nak balik. i am gonna be a good mother for u guys.. pray for me k..

dan, yang akan datang.. mungkin kasih.. tu semua terpulang pada tuhan. niat untuk betul-betul settle down masih belum ada since i have a list of people before kasih. so, u wait ok.. andai ada jodoh, tak kemana jugak...

so, what now? fatin dalam fasa terakhir menyiapkan thesis. 2 aribulan ni dah boleh hantar jilid. and, hopefully, everything goes well according to plan. only God has the power to change everything but alhamdulillah, so far, i was blessed with love of loves and that is the most important thinh. so, guys, fatin dah berceloteh panjang. waiting for yours very soon.. huhu... tolong doakan fatin. insyaAllah kita akan berjumpa suatu hari nanti. sekian buat masa ni.

~au revoir!

8 nasik tambah on "rezeki semuanya dari Tuhan"

Azira Y on April 27, 2010 at 10:01 PM said...

congrats da abes study. semoga dipermudahkan segala urusan kerja dsb selepas ni :)

fatin sulaiman on April 27, 2010 at 10:16 PM said...

@jazika albek::
amin... thanx btw.. huhu.... way to go~

thanx for dropping by.. huhu

::NaS:: on April 27, 2010 at 10:45 PM said...

congratulations ayie!
good luck n gambare utk planning seterusnya~

fatin sulaiman on April 27, 2010 at 11:24 PM said...

@nas
amin.. thanx... way to go.. huhu.....

@e_da on April 27, 2010 at 11:32 PM said...

gud luck dear.... bertuah mak ayah fatin ada anak yg bersemangat begini.. teruskan perjuangan bila kita sudah berada di atas.. jgn lupa ibu bapa yg bersusah payah untuk kita ya...

fatin sulaiman on April 27, 2010 at 11:49 PM said...

@e_da
1st of all, thanx for dropping by... semua anak2 akan bwat benda yg sama gak.. huhu... ni suma plan, skarg masa nk laksanakan ja.. so, tawakal.. huhu.... thanx atas nasihat.. insyaAllah fatin ingat~

Atiqah on April 28, 2010 at 4:26 AM said...

Alhamdulillah
paper tiqah ptg 28hb..tgh study ni pastu terdetik nk buka blog jap..hehe
doakan ye..ni paper last jugak pastu hoyehhh merdeka..haha

tiqah mmg plan nk smbung Masters pasni..dh dpt offer semua..rse nk cepat2 dpt highest degree bru la nk settle down...sementara leh bljr ni tiqah nk bljr hbs2 dlu.

Alhamdulillah parents x membantah.sbg tnda x nk sshkan dorg, tiqa apply scholarship utk tmpung pengajian kat overseas nnt..huhu

doakan tiqah ye tien...hrp dpt jumpa awk before kuar..will be staying a week longer in ukm to settle my thesis..insyaAllah..

fatin sulaiman on April 28, 2010 at 11:19 AM said...

@tiqah::
no worries..insyaAllah... asalkan semua yg kita buat tu berniat baik, Dia slalu ada dgn kita.. go go girl! huhu.... make them prod!

 

dunia maya fatin Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez