diorg ni yg TERBAEK!! anda? bila lagi?

Wednesday, September 22, 2010

Patah Hati..

contengan fatin sulaiman at 1:06 PM
Assalamualaikum.... hai readers and dear bloggers.. selamat menyambut Syawal... mesti ramai dah habis puasa sunat syawal kan? fatin ni tak habis lagi, huhu... ada lagi 2 hari kemudian tambah pulak dengan puasa ganti 3 hari. total, jadilah lagi 5 hari kena puasa.. harap-harap fatin ada kekuatan nak habiskan dalam bulan syawal ni. nanti tak la kalut nak settle kan hutang tu. takut tak sempat sama..

tengok tajuk tu, PATAH HATI! memang fatin tengah patah hati sekarang ni. huhu... biasa la, ups and downs in life.. bila rasa sedih macam ni, selalu fatin akan surf internet dan cari ubat. dan, kali ni, ubat tu fatin jumpa dalam web site kesayangan fatin.

ni antara petikan artikel yang sangat membantu fatin.

"Gadisku..dalam hidupmu engkau pasti ingin disayangi dan menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insan, namun ramai antara kaummu yang tewas kerana cinta. bercinta itu tidak salah, tetapi memuja cinta itu yang salah. ini kerana disebabkan cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta juga maruah tergadai. sabda Rasullullah S.A.W yang membawa maksud ...sesungguhnya cinta itu buta... Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan batil jika engkau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan bukan kerana Allah S.W.T. sebelum engkau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu, mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik, yang berasal daripada setitis air yang tidak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah S.W.T."

sangat membantu fatin bila artikel ni ingatkan fatin dimana fatin sepatutnya berada masa ni dan siapa fatin. banyak rupanya yang diinginkan dunia ini dari fatin, cuma fatin yang tak bersedia untuk tu. keluar fresh dari sekolah dan menghadapi dunia seorang diri sangat menakutkan sebab fatin tak cukup perisai untuk lawan cabaran dunia. segulung ijazah tak berupaya untuk membantu kita dalam menghadapi setiap percaturan dalam hidup.

fatin cuba lari dengan apply nak buat master dan alhamdulilah permohonan pertama dah settle. tinggal lagi 1 borang lagi nak hantar. tapi master pun belum tentu dapat bantu matangkan fikiran fatin dalam mengambil sebarang keputusan. dalam 2 tahun ni, kalau dirasakan master belum cukup, PhD mungkin jalannya. fatin ni lambat belajar, jadi mungkin jalan lebih panjang dari orang lain. harap-harap tercapai impian fatin nak jadi seorang pensyarah.. amin... fatin dah ada perancangan hidup yang betul kali ni. insyaAllah.... harapan kali ni, agar rancangan kali ini adalah yang terbaik.

#ISO is in progress.. alhamdulilah semua nya under control. tak takut sangat dah nak menghadapt auditor nanti... datang jangan tak datang... hahaha...

0 nasik tambah on "Patah Hati.."

 

dunia maya fatin Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez