diorg ni yg TERBAEK!! anda? bila lagi?

Friday, October 15, 2010

Ahmad Syamil Bin Basri

contengan fatin sulaiman at 7:56 AM
salam...

Ahmad Syamil Bin Basri dilahirkan pada tahun 1990 dan sekarang berumur 20 tahun, sebaya dengan adik lelaki fatin. sedang mengikuti pengajian di Institut Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang. seorang yang sangat periang, baik, taat pada kedua ibu bapa, bijak dan manis. berdedikasi nak menjadi seorang pendidik seperti kedua ibu bapanya dan tak lupa juga kakak sulungnya yang sekarang masih menuntut di UK. fatin sangat bahagia tengok keluarga pendidik ni.

tapi, malang tak berbau.. syamil di panggil Illahi semalam. rasanya selepas maghrib. dia dan seorang sahabat terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah lori dan akhirnya meninggal dunia. ayah fatin ada pergi menziarahi keluarga arwah Syamil semalam. sebak hari bila dapat berita tu, hanya mereka yang kuat sahaja mampu menghadapi semua ni. entah bagaimana Farhana (kakak Syamil) yang berada di UK tu menghadapi situasi ni. kuatkah dia menerima berita sebegini? Nauzubillah.. buat Syamil, semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh adik dan semoga adik ditempatkan dengan mereka yang beriman. Amin.

sekali pandang, ni la ketentuan Nya. mati, tidak akan terlewat walau sedetik dan tak akan terawal walau sekelip. Dia mampu melakukan apa sahaja yang dikehendaki megikut Qada' dan Qadar. saat menerima perkhabaran ini, hati Fatin terus ingatkan adik-adik, ayah, mak, abang-abang, kakak dan anak-anak saudara Fatin. bersediakah Fatin menerima kehilangan mengejut mereka sekiranya itulah Qada' dan Qadar Fatin. takut..meremang.. mohon masa bersama kalian masih panjang~ amin..


P/S::mohon sahabat readers sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Ahmad Syamil Bin Basri.

5 nasik tambah on "Ahmad Syamil Bin Basri"

shida on October 15, 2010 at 2:37 PM said...

Semoga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yg beriman~

fatin sulaiman on October 15, 2010 at 2:41 PM said...

salam..shida, thanx for dropping by.. amin.. semoga d tempatkan d kalangan yg beriman..amin

Piipy Hap on October 17, 2010 at 1:07 AM said...

al-fatihah

fatin sulaiman on October 18, 2010 at 7:49 AM said...

@piipy::thanx for dropping by.. alfatihah

Unknown on October 19, 2010 at 4:39 PM said...

al fatihah..indahnya andai kita boleh mengawal ajal kita...

 

dunia maya fatin Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez