diorg ni yg TERBAEK!! anda? bila lagi?

Thursday, April 28, 2011

Kisah koma

contengan fatin sulaiman at 1:39 PM
salam.. this few days, malas nak blogging. seriously, sangat malas.. tapi, saja la kali ni, nak blog sikit2..

sedetik lebih.. sedih... frustrated. pilihan itu ada, sangat ada terbentang luas di depan mata. yang mudah, yang mencabar, yang payah dan tak lupa jugak sangat mudah. sangat mudah pulak tu. tapi aku pilih yang payah dan sangat mencabar kerana aku yang mula dari awal. aku akan habiskan apa yang aku mula. bukan aku untuk tarik diri bila kisah dah setengah jalan. kisah ni ada lagi separuh, dah hanpir ke klimaks tapi aku hancurkan dengan sedikit tindakan bodoh yang pada mulanya aku anggap tak membawa kesan besar.

kisah aku perlu aktor. perlu pelakon. tapi ada aktor utama yang tarik diri, pilih untuk undur saat cerita dah sampai di klimaks di mana kehadiran dia sahaja yang akan melengkapkan. peranan aku dah hampir ke akhir dan bilamana spotlight akan terarah kepada dia, dia lari membawa sekeping hati. siksa aku! aku buntu.

mahu penuhi permintaan nya atau terus memujuk? aku bukan pengalah dan aku masih berpegang untuk habiskan apa yang aku mulakan. banyak dah aku laburkan untuk kisah ini, tak mungkin aku akan rugi. modal aku dah dihabiskan aktor itu tapi dia enggan berikan komitmen. kenapa? mengapa masa aku pelakon utama kau julang dan sekarang bila masa kau, kau mudah untuk undur?tak boleh berfikir mengenai modal aku? walau sekupang tidak aku mintak dari kau, walhal telah ku janji untungnya nanti pasti kau terima bahagian yang lebih besar. separuh untung telah kau enjoy, jadi sekarang aku butuh bahagian kecil untung ku. tak banyak, sedikit bahagia.

sedari awal pelaburan, kita bersama menempuh yang pahit, yang payah, yang susah, yang mencabar. aku kira kau dah banyak support aku dari mula, tapi mengapa berhenti? jatuh bangun aku tak pula aku tarik kau masuk, aku hanya mahu kau jadi pelaku adil walau bahagian kau nanti lebih. senyum di wajah kau adalah sinar mentari dalam kisah kita.

andai aku mampu, akan aku kerja seumur hidup untuk membeli sehari bersama kau untuk habiskan kisah kita. pulanglah aku rindu~

::this post is really something. really::

2 nasik tambah on "Kisah koma"

msuhaimi2007 on April 28, 2011 at 8:05 PM said...

mak ai... sastera sungguh... pe citer ni...?

fatin sulaiman on April 29, 2011 at 1:11 PM said...

sastera ke... analogi mungkin... time flies waiting for no man... kita yg sudah leka dengan kesenangan lupa tanggungjawab yang akhirnya buat kita alpa dan kehilangan~ huhu

 

dunia maya fatin Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez