diorg ni yg TERBAEK!! anda? bila lagi?

Wednesday, March 19, 2008

ape nak jadik

contengan fatin sulaiman at 2:04 PM
aku suka analisis bab yg da kaitan ngan politik n benda nieh bwat aku btambah smangat pas PRU12....

PENGUMUMAN barisan kabinet baru oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tengahari tadi kini dikatakan menimbulkan “pemberontakan” di kalangan segolongan Ahli Parlimen BN.
Akibatnya, tiga Ahli Parlimen BN diberitakan akan menolak perlantikan oleh Abdullah - seorang dijangka menolak perlantikan sebagai menteri sementara dua orang lagi dijangka menolak perlantikan sebagai timbalan menteri.
Datuk Seri Rafidah Aziz, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, yang digugurkan hari ini, pula dijangka mengadakan satu sidang media di Kuala Lumpur esok.
Rafidah dijangka mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia dan mungkin juga akan mengosongkan kerusi Parlimen Kuala Kangsar.
Seorang lagi bekas menteri yang dijanjikan untuk dipindahkan ke portfolio baru juga dikatakan sedang “mengamuk” kerana tidak puas hati.
Sementara itu, banyak pihak menyifatkan perlantikan Datuk Seri Shahrizat Jalil sebagai Penasihat Khas bertaraf Menteri kepada Perdana Menteri berhubung Hal Ehwal Pembangunan Wanita dan Sosial, adalah sesuatu yang sukar untuk dirasionalkan.

perlantikan itu dibuat oleh Abdullah apabila Shahrizat dengan serombongan pegawai utama Pergerakan Wanita UMNO Malaysia mengatakan kepada Abdullah bahawa Rafidah akan meletakkan jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia.

Naib ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak berminat dilantik sebagai menteri kabinet selagi bapa mertuanya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.
"Saya tidak akan menyertai pentadbiran selagi Pak Lah jadi Perdana Menteri," katanya kepada media selepas mesyuarat exco pergerakan itu petang ini.

demikian lah kelam kabutnya pentadbiran Abdullah hanya sejurus selepas kabinet barunya di lantik pada hari ini.

0 nasik tambah on "ape nak jadik"

 

dunia maya fatin Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez