diorg ni yg TERBAEK!! anda? bila lagi?

Thursday, November 6, 2008

aku ingin menulis

contengan fatin sulaiman at 10:50 PM
aku ingin menulis mengenai Amerika Syarikat..mereka yg dikatakan kuasa hegemon dunia (sole superpower). Amerika Syarikat pernah suatu masa dulu merakyatkan demokrasi di seluruh dunia...tapi sekarang, mereka hanya satu negara yang bertopengkan demokrasi. kesalnya kita..aku lahir selepas mereka, aku mengkaji mengenai mereka, lalu aku benci pada mereka,Amerika Syarikat.

suatu masa dulu, kita cuba bangun. dunia cuba bangun mencari identiti sendiri. penaklukan wilayah, penjajahan menjadi satu wadah melempiaskan semua. tapi, kita ada penjajahan bentuk baru sekarang. tak perlu lagi perang, tak perlu lagi senjata..hanya ideologi..
aku ingin menulis..tiba2, tangan rasa sangat ringan untuk dihayun, singgah di tinta blogspot.. siapa? jangan tanya siapa, tepuk dada tanya selera. sebut saja madonna, siapa tak kenal? sebut saja Mc Donald, siapa tak makan? sebut saja James Bond, siapa tak tengok? Sebut saja jeans, sapa tak pakai? aneh bukan..kita menentang penjajahan, tapi tengok, ini tindakan kita. aku tak menafikan, aku juga begitu. mengapa? jika tak sedap dipanggil penjajahan, apa kata kita sedapkan lagi istilah itu, gobalisasi.....

masyarakat seolah-olah tak kisah tentang ini... apa itu hegemon pun tak kisah kan? tapi aku kesah...aku tak suka semua ni, aku takut, kita tenggelam satu masa nanti. hegemon, mungkin masyarakat tak ambil pusing pun, sebab, tak terkesan dek panahan hegemon. tapi, sebenarnya, kita akan terkesan secara langsung...

hegemon US, serang Iraq, serang Iran, amaran sana amaraan sini...apa tu? siapa mereka? ntah siapa yang bagi autoriti nak nak jadi kerajaan dunia ntah.. aku benci semua ni.. aku dah malas nak bicara..biar mereka yang buat keputusan... aku mahasiswa, walaupun kudrat empat kerat x bermaya, tapi aku akan cuba , buka minda, buka hati orang lain sedar semua nie. bukan untuk boikot, tapi nak sedarkan sahaja.. bagi kita nampak, siapa kita di bumi sendiri.

5 nasik tambah on "aku ingin menulis"

Siti Syawal on November 7, 2008 at 9:34 AM said...

tak tahan la fatin kalau tak dapat makan McD, tulis blog, dan pakai jeans.... tapi aku tak sokong amerika ye...

harapnye, Barack Obama dapat membersihkan imej Uncle Sam semula =)

fatin sulaiman on November 7, 2008 at 3:39 PM said...

kita tengok la mcm mana lepas nie sora... US yg seakan-akan kerajaan dunia tu nak jadik camner

Safuan 'suri' Nazri on November 8, 2008 at 7:28 PM said...

suri :
maksud penjajahan ialah apabila satu aprti mengambil hak parti yang lain, yang mana parti yang diambil haknya dfinafikan haknya...
itu ialah penjajahan yang sebenar
apa y Fatin katakan,
madonna, Mc Donald, James Bond,
itu bukan penjajahan, namun lebih kepada satu asimilasi budaya yang kita terima dari Barat...(James Bond dari Britan, bukan hasil dari Amerika ya?)
Asimilasi ini seperti kita teriam budaya bersanding Hindu kedalam adat perkahwinan kita....
setiap budaya yang dibawa ada pro dan kontra...
aku tak benci Amerika, tapi aku tak sokong Amerika..
aku bencikan mereka yang mengunakan nama manusia, atas nilai keadilan, atas dasar perjuangan untuk menjadi penjajah!!!

Siti Syawal on November 10, 2008 at 2:37 AM said...

oo..suri, thanks, sekarang aku lebih faham..

Anonymous said...

everything depends on how we interprate everything mr suri. ms fatin interprate "penjajahan" based on her research (i believe). penjajahan in theory is what u got. but penjajahan in practicality 4 todays arena, is is...

 

dunia maya fatin Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez