diorg ni yg TERBAEK!! anda? bila lagi?

Wednesday, January 14, 2009

lembaran hidup wanita solehah

contengan fatin sulaiman at 8:54 AM
salam blogging....aku termenung sejenak..memikir tentang diri, memikir tentang kehidupan, memikir tentang sikap, tentang penerimaan tuhan pada aku... layakkah aku dimata tuhan? dimana tempatku nanti?

mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
agung cintanya kepada Allah dan Rasullullah
hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
penawar jati kekasih Allah
susah dan senang rela bersama...
dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
isteri Rasulullah yang bijak
pendorong kesusahan dan penderitaan
tiada sukar untuk dilaksanakan...
mengalir air mataku
melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
akur dalam setiap perintah
taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang
tiada memiliki harta dunia
layaklah dia sebagai wanita pengjulu syurga...
ketika aku marah
inginku intip serpihan sabar
dari catatan hidup Siti Sarah...
tabah jiwaku
setabah umi Nabi Ismail
megendong bayinya yang masih merah
mencari air penghilang dahaga
di terik padang pasir merak
ditinggalkan suami akur tanpa bantah
pengharapannya hanya pada Allah
itulah wanita Siti Hajar...
mampukah aku menjadi wanita solehah?
mati dalam keunggulan iman
bersinar indah, harum tersebar
bagai wanginya pusara Masyitah....
nukilan dari diari muffakiratul mukminah

0 nasik tambah on "lembaran hidup wanita solehah"

 

dunia maya fatin Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez