diorg ni yg TERBAEK!! anda? bila lagi?

Friday, January 16, 2009

sahabat..kawan..rakan..teman

contengan fatin sulaiman at 4:35 PM
good friends are like stars
you dont see them, but they are always there
~old saying~
salam blogging...lama kiranya aku tidak menulis mengenai mereka..
sahabat..kawan..rakan..teman...membawa erti yang sama..pada aku mereka adalah saudara aku. tambahan bagi anak perantau seperti aku, mereka lebih kepada tempat bergantung. ramai sebenarnya kawan yang akau ada kat UKM nieh. cuma kadang-kadang aku alpa dengan kewujudan diorang. merugikan bukan? aku pernah kata pada seorang kawan, biar masa yang tentukan, memang masa telah berjaya menentukan segala. aku kira kami mungkin dan jumpa apa yang kami cari, atau mungkin kami pura-pura jumpa? betul ke? haha.. hanya tuhan yang tentukan..selepas masa, kita hanya ada tuhan....
sahabat datang dalam pelbagai warna..ada yang baik, yang pendengki, yang tikam dari belakang, yang sangta supportive, yang mencari di masa susah, yang sarcastic, pendek kata, yang macam-macam..tapi, semuanya datang atas nama kawan.. kita terima, kerana siapa kita untuk mengadili segalanya. kekadang, kita nampak seseorang ibarat nak jatuhkan kita, tapi yang sebenarnya, dialah yang cuba bangunkan kita. terlalu banya masa kita habiskan dengan komitmen, apa kata kali ini kita cuba renungkan setiap manusia di sekeliling kita. nilai mereka dari kedua-dua sudut..positif dan negatif...tapi aku rasa, lebih baik banyakkan sebelah positif kerana pada akhirnya, kita akan tersenyum mempunyai kawan seperti itu..

2 nasik tambah on "sahabat..kawan..rakan..teman"

MIAhaha on January 17, 2009 at 2:45 AM said...

so..im in wut kind of colour??he~~

fatin sulaiman on January 17, 2009 at 5:54 PM said...

hahaha...u tell me

 

dunia maya fatin Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez