diorg ni yg TERBAEK!! anda? bila lagi?

Wednesday, February 4, 2009

tipu

contengan fatin sulaiman at 7:04 PM
salam blogging....
aku baru dengar satu pembohongan terbuka seseorang yang langsung tak pandai berbohong. kasihan, aku pura-pura percaya agar dia rasa senang hati. tapi aku yang gelisah lepas tu. entah kenapa.
aku tertanya-tanya, rasionalkah sebuah pembohongan itu? selalunya manusia akan berbohong sekiranya adalah melakukan kesalahan ataupun untuk menyelamatkan diri sendiri tidak kira dari sudut negatif atau positif. tapi apa yang aku pegang kuat adalah manusia berbohong untuk menyelamatkan diri dari sesuatu. rasionalkah begitu?
tipu juga kadang-kadang digunakan untuk meletakkan kesalahan kita di atas bahu seseorang yang lain. mengapa? kembali kepada "point" asal, untuk menyelamatkan diri. sanggup membiarkan sebuah pembohongan digalas oleh seseorang yang lain yang betul. mengapa manusia?
pada aku, kejayaan, keberkesanan, kekekalan dan kasih sayang akan hanya kekal sekiranya tidak wujud langsung unsur tipu menipu dalam hidupnya atau dalam proses menjalin persahabat atau apa-apa sahaja hubungan dengan orang lain. mengapa? tipu tak akan membawa kita kemana. sekali kita menipu, akan wujud lagi pembohongan-pembohongan lain yang mungkin lebih dahsyat. wajarkah? apakah kesannya nanti? kasihan pada mereka yang ditipu.
teori tipu akan menghancurkan sesebuah hubungan memang berkesan dan boleh diadaptasi dalam kehidupan seharian. tidak perlu diceritakan bagaiman ia berlaku, hanya tepuk dada tanya mulut. pernahkah mulut itu menipu? apakah kesan penipuan itu?
sepanjang hubungan aku dengan si dia, banyak kali terlintas untuk aku menipu. banyak sebab dan yang paling utama adalah untuk menyelamatkan diri. aku pernah menipu tapi dalam tempoh 24 jam aku akan mengakui penipuan aku.mengapa? sebab aku tak sanggup untuk kehilangan sebuah perhubungan. menipu ayah dan bonda juga pernah aku buat dan aku akan melakukan perkara yang sama pada mereka tapi mungkin mengambil masa agak lama untuk mengakui kerana mereka mudah melenting. pada aku, menipu ini mungkin sebuah seni. seni untuk melarikan diri dari kesalahan sendiri. tapi berjaga-jaga, tipu itu akan menghantui kalian dan akibatnya, kalian akan kehilangan sebuah perhubungan. berjaga-jaga dengan aktiviti yang dipanggil "TIPU"
p/s:tipu sunat tak termasuk dlm konteks perbincangan ok

1 nasik tambah on "tipu"

Siti Syawal on February 5, 2009 at 8:58 PM said...

a...aku baru nak cakap pasal tipu sunat, ko dah tak kasi bincang. huhu.
aku pun ade kawan camtu. tapi aku layan kan je la. siape yg kesian? dia yang menipu? atau aku yg kene dengar dia menipu?

 

dunia maya fatin Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez