diorg ni yg TERBAEK!! anda? bila lagi?

Wednesday, February 4, 2009

kalau saya bukan tulang rusuk kamu.........

contengan fatin sulaiman at 12:41 AM
WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA denganpasti) Kamu, tulangrusukku!


Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam
sedang lena tidur,Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa.
SemuaLELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.
Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan,dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan jugaberteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan,tetapi seperti air yangtelah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali.Dengan berlinang airmata, WANITA kembali ke rumah dan mengambilbarang-barangnya, bertekaduntuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu,biarkan saya pergi Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejatimasing-masing".
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin,tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah keluar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit dihatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Diairport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akankembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis , berlalu di hujung lafaz"Selamat tinggal.."
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itua dalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yangtelah dengan bodohnya dia patahkan.........


credit to mimi mimot

2 nasik tambah on "kalau saya bukan tulang rusuk kamu........."

janxxx on February 5, 2009 at 3:22 PM said...

kita hanya mampu merancang tapi tuhan yang akan menentukan segalanya..namun jangan jadikan itu sebagai alasan sebenarnya, usahalah, berdoalah dan teruskan kehidupanmu, banyak lagi yang perlu kita perlu juangkan dalam idup ini, jangalah kita bersugul lenteran kejadian lalu, jadikan ianya sebagai kenangan yang takkan kita lupakan dan pengalaman yang abadi dalam kehidupan kita selama kita mengenali erti sebuah percintaan..

fatin sulaiman on February 5, 2009 at 5:31 PM said...

thanx janxxx...sgt bermakna

 

dunia maya fatin Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez