diorg ni yg TERBAEK!! anda? bila lagi?

Friday, October 31, 2008

forum buat semua

contengan fatin sulaiman at 4:34 PM 2 nasik tambah
salam... hmm.... memandangkan banyak yg berminat untk membincangkan mengenai demo yang berlaku baru-baru ini, y dont kita teruskan perbincangan mengenai benda ni dalam post aku kali ni? jika berminat, mari kita bincangkan mengenai perkara ini... bukan apa, message box tu kecik sangat kalau nak kita utarakan pendapat kita... aku pasti, ramai yg berminat insyaAllah... salam perbincangan...

Saturday, October 18, 2008

wajah-wajah mereka

contengan fatin sulaiman at 9:10 PM 3 nasik tambah





seperti yang dijanjikan. ni lah antara gambar yang sempat aku rakamkan ketika mereka berdemonstrasi.... saksikan...

Friday, October 17, 2008

mahasiswa yang mendepani cabaran?

contengan fatin sulaiman at 9:58 PM 3 nasik tambah
mahasiswa mendepani cabaran global.. itulah slogan jabatan aku. tapi apa dah jadi dengan mahasiswa sekarang? kebebasan bersuara yang disalah gunakan...

hari ini, 17 November 2008, sekelompok mahasiswa yang aku kira bertamadun berkumpul beramai-ramai di hadapan Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) UKM untuk menyampaikan memorandum berkenaan pilihanraya kampus yang bakal menjelang. aku sendiri tidak faham apa gunanya semua itu. perkara pertama yg terlintas di fikiran aku masa itu adalah imej UKM selepas ini dimata rakyat. apa kan jadi dengan masa depan para graduan yang bakal menamatkan pengajian nanti. apa kah nasib kami? apa kata bakal majikan kami dengan tindakan segelintir insan yang menggellar mereka Gabungan Mahasiswa.

aku lihat dengan mata sendiri tindakan mereka, mengangkat logo2 universiti tercinta, melaung2 slogan mereka, menjulang-julang sepanduk buatan sendiri. inilah mahasiswa yg bertamadun kononnya. adakah berul tindakan mereka ini? tepuk dada, tanya selera. lihat lah dengan mata hati. kita golongan intelektual, kita golongan terpelajar, kita tau apa yg kita lakukan. adakah ini mahasiswa sebenar? inikah yang kita perlukan?

seorang sahabat turun bersama mereka. ingin merasa sendiri apa perasaannya berada bersama-sama mereka. bila sang sahabat bertanya kepada salah seorang mereka "apa yg adik buat nieh?" dia hanya menjawab dengan menuding jari kepada pemimpin di hadapan yang sedang melaung-laung bagai anak kehilang ibu. ditanya lagi "mana memorandumnya?" dia hanya menggelang kepala. lihat sendi. bagaimana mereka sendiri kabur dengan erti sebuah perjuangan, bagaimana mereka ibarat terpengaruh dengan janji2 kosong retorik berkesan. aku kasihan melihat mereka. inikah mahasiswa mendepani cabaran global?

katanya mahu ketemu Menteri KPT, nak sampaikan memorandum. mahukan pilihanraya yang telus lagi bersih. mahu pantauan badan2 sprt MALEF dan sebagainya.. ibarat diri sendiri tidak yakin dengan kemampuan sistem yg dicipta sendiri...

renungkan...mahasiswa
(aku sempat merakam beberapa foto demonstrasi mereka, akan di upload tidak lama lagi)

Thursday, October 16, 2008

some songs 4 visitors

contengan fatin sulaiman at 11:11 AM 0 nasik tambah
ari ni aku rajin sket nak kasik korg buah tangan dari kedah... terima la buah tangan yg tak seberapa nieh....enjoy!!!

minda_bersamamu lagi
sixth sense_cinta yg sempurna
minda_mengejar rama-rama
meet uncle hussein_pari-paridi bawah angin
hujan_dugannya
bau_warkah
the fabulous cats_bawaku terbang
Lailas Lounge_Mawar Khayalan

Wednesday, October 15, 2008

syok sendiri

contengan fatin sulaiman at 12:52 PM 3 nasik tambah
apa perasaan anda bila bump into manusia yg syok sendiri a.k.a ingat best ler..
huhu...saya sangat la x puas hati when it comes to things we called "syok sendiri" nieh.. saya lihat konteks syok sendiri di sini dari sudut pandangan yang terkawal..

masalah pandangan yg terkawal sering di alami oleh golongan para pelajar.pd pendapat saya, pendangan mereka ini dikawal oleh segelintir minoriti dalam kumpulan pendidik. sebagai contoh, dalam kuliah, seorang pendidik menyatakan pendapatnya tentang sesuatu, tetapi apabila seorang pelajarnya cuba mengatakan pendapatnya tentang sesuatu isu, dia akan di belasah hebat oleh hujah-hujah pensyarahnya. malang sungguh nasib mereka...

ini sering berlaku dalam kelas-kelas yang dihadiri saya membuatkan saya rasa hilang minat untuk memberi pendapat. patut kah gejala ini berlaku?? saya pelajar, yang datang menimba ilmu dengan ilmu yang hanya secalit didada, berhujah dengan guru yang ilmu penuh di dada. kami memberi pendapat, tetapi mendapat tentangan hebat. ia hanya sebuah pendapat yang sekiranya salah perlu dibetulkan dan sekiranya lompang, perlu disempurnakan oleh mereka. isu-isu seperti ini membuatkan saya "give up" untuk terus menjadi proaktif dalam kelas.

ini ditambah lagi sekiranya, saya tidak menjawab berdasar fahaman mereka dalam peperiksaan akhir. malangnya....mimpi ngeri lah buat insan bergelas pelajar yang mahu mengembangkan potensi. apa nak jadi? inilah dia satu fenomena baru yang mampu menyekat potensi seseorang pelajar.

pendapat anda?

Sunday, October 5, 2008

selamat hari raya aidilfitri

contengan fatin sulaiman at 4:17 PM 1 nasik tambah
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!!
hanya itu yg mampu aku ucapkan buat semua blogger2 yg sudi melawat blog aku saban hari especially my sweet suri, cute sora n caring aunty anna....

makna hari raya pada aku...hari yg penuh kesyukuran kerana tuhan telah mengumpulkan semua ahli keluarga aku, jadi, pada tanggal 1 oktober 2008, semua 13 ahli keluarga aku berkumpul termasuklah 3 hero-hero kecil ku..kak long pula sedang menanti anaknya yg ke3...maka, if terlahirnya insan kecil ini kedunia pada disember ini, keluarga aku bertambah lagi menjadi 14... Alhamdullillah...ini nikmat tuhan yg tak terhingga kepada keluarga ku... aku sujud menyembah mu ya Allah....


apa lg makna aidilfitri kepada aku?? merupakan hari rasmi utk memohon ampun kepada semua umat manusia terutamanya ahli keluarga aku...yes ari lain pun boleh mohon maaf, tapi aidilfitri seolah-olah dikhaskan utk kami memohon maaf sesama kami..maka dengan itu, kami beratur di ruang tamu rumah dengan diketuai oleh kak long...


makna aidilfitri...hari utk aku memperingati insan yg telah tiada antaranya nenek ku, Allahyarhamah HJH Nah, datukku, Allahyarham HJ jusoh, abg sahabatku, Allahyarham Dicky, dan ramai lagi yg telah pergi terlebih dahulu menemuiNya yg satu.. aku pulang ke kampung bersama yg lain tuk menziarahi pusara mereka..sesungguhnya tuhan lebih menyayangi kalian...hanya sedekah Al-fatihah dapat ku kirim dari sini.. moga roh kalian dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama para ulama' InsyaAllah...

aidilfitri....2008 kau menjelma lagi.. entah apa yg faizi buat di kampung.. aidilfitri tahun ini lebih bermakna kerana dengan kehadiran si dia... ehem.. ehem..
doakan kami terus kekal InsyaAlla

aku bersyukur kerana masih bernafas hingga ke hari ini...sudah 20 tahun aku hidup di muka bumi tuhan ini... semalat hari raya aidilfitri semua~~~ akhir kata, maaf zahir batin!!!
 

dunia maya fatin Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez