diorg ni yg TERBAEK!! anda? bila lagi?

Wednesday, February 18, 2009

Dimana cantiknya seorang perempuan

contengan fatin sulaiman at 9:59 AM 1 nasik tambah
Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.
Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Anda ingin lebih cantik dan menarik??
# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.
# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.
# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".
# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

artikel dari :
'iluvislam'

Saturday, February 14, 2009

khas buat mereka yg x pernah pegi Muzium Negara Malaysia

contengan fatin sulaiman at 4:54 PM 4 nasik tambah











PROFIL MEREKA
1)Fatin @ Ayi = Aku la tu..
2)Faizi = Buah ati aku..hmm... mr. 24hours ear phone kat telinga
3)Didie = cik kris mas yg tgh excited nak balik sorak skuad sukanika dia
4)Anis = cik kris mas gak yg diam jer
5)Kalut = mr. kris mas yg suara tgh SEKSI..skarg dah ensem laen mcm
6)Herman = incik kelaka yg slalu di klilingi awex
7)Kecik = incik ketua klas
8)Lin = cik kaunter informasi...erm..kaunter maklumat..
dah mcm jakun dah korg nieh kat muzium..ape ddaaa.....

Wednesday, February 4, 2009

tipu

contengan fatin sulaiman at 7:04 PM 1 nasik tambah
salam blogging....
aku baru dengar satu pembohongan terbuka seseorang yang langsung tak pandai berbohong. kasihan, aku pura-pura percaya agar dia rasa senang hati. tapi aku yang gelisah lepas tu. entah kenapa.
aku tertanya-tanya, rasionalkah sebuah pembohongan itu? selalunya manusia akan berbohong sekiranya adalah melakukan kesalahan ataupun untuk menyelamatkan diri sendiri tidak kira dari sudut negatif atau positif. tapi apa yang aku pegang kuat adalah manusia berbohong untuk menyelamatkan diri dari sesuatu. rasionalkah begitu?
tipu juga kadang-kadang digunakan untuk meletakkan kesalahan kita di atas bahu seseorang yang lain. mengapa? kembali kepada "point" asal, untuk menyelamatkan diri. sanggup membiarkan sebuah pembohongan digalas oleh seseorang yang lain yang betul. mengapa manusia?
pada aku, kejayaan, keberkesanan, kekekalan dan kasih sayang akan hanya kekal sekiranya tidak wujud langsung unsur tipu menipu dalam hidupnya atau dalam proses menjalin persahabat atau apa-apa sahaja hubungan dengan orang lain. mengapa? tipu tak akan membawa kita kemana. sekali kita menipu, akan wujud lagi pembohongan-pembohongan lain yang mungkin lebih dahsyat. wajarkah? apakah kesannya nanti? kasihan pada mereka yang ditipu.
teori tipu akan menghancurkan sesebuah hubungan memang berkesan dan boleh diadaptasi dalam kehidupan seharian. tidak perlu diceritakan bagaiman ia berlaku, hanya tepuk dada tanya mulut. pernahkah mulut itu menipu? apakah kesan penipuan itu?
sepanjang hubungan aku dengan si dia, banyak kali terlintas untuk aku menipu. banyak sebab dan yang paling utama adalah untuk menyelamatkan diri. aku pernah menipu tapi dalam tempoh 24 jam aku akan mengakui penipuan aku.mengapa? sebab aku tak sanggup untuk kehilangan sebuah perhubungan. menipu ayah dan bonda juga pernah aku buat dan aku akan melakukan perkara yang sama pada mereka tapi mungkin mengambil masa agak lama untuk mengakui kerana mereka mudah melenting. pada aku, menipu ini mungkin sebuah seni. seni untuk melarikan diri dari kesalahan sendiri. tapi berjaga-jaga, tipu itu akan menghantui kalian dan akibatnya, kalian akan kehilangan sebuah perhubungan. berjaga-jaga dengan aktiviti yang dipanggil "TIPU"
p/s:tipu sunat tak termasuk dlm konteks perbincangan ok

kalau saya bukan tulang rusuk kamu.........

contengan fatin sulaiman at 12:41 AM 2 nasik tambah
WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA denganpasti) Kamu, tulangrusukku!


Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam
sedang lena tidur,Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa.
SemuaLELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.
Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan,dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan jugaberteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan,tetapi seperti air yangtelah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali.Dengan berlinang airmata, WANITA kembali ke rumah dan mengambilbarang-barangnya, bertekaduntuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu,biarkan saya pergi Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejatimasing-masing".
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin,tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah keluar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit dihatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Diairport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akankembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis , berlalu di hujung lafaz"Selamat tinggal.."
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itua dalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yangtelah dengan bodohnya dia patahkan.........


credit to mimi mimot

Monday, February 2, 2009

komik??

contengan fatin sulaiman at 10:23 AM 10 nasik tambah
kaki aku ngn yaya..kitorg g jln2 jer..maen air kat area batu.tgk2 siput n kerang yg jarg jumpa
(cuba teka which 1 is mine n which 1 is yayas)

diorg ni lak g maen air.ntah pa pe ader pelampung.takut tenggelam kot
(tawfik n wan bajet nak bwat fssk ngn alur ilmu.ntah jadik ntah x)


on the way balik tu, kat highway area bandar seri putra, tayar moto wan pecah, kena la lepak jap tepi jalan tggu pasukan penyelamat.





ni la dia pasukan penyelamat.
yg best nyer ayat noni time smpai tu, tak sempat turun moto g, dah ckp
"tu la korang g jalan x ajak aku" muahahaha!!!!
(pasukan = noni, pam tayar, moto dia of course. tp tu pun dah lebih dari cukup)



wan tgh pam moto dia. ni ja yg mampu kami buat pas kol sumer bdak yg slalu ganti tiup tanak datg sbb dlm highway. huhu...aku rasa dlm 4km skalik wan akan stop pam balik tayar. seb bek wan naek lc, so that bleh la laju giler. kami suma follow smpai shell bangi,sian kat dia. at last smpai gak ukm. ahaks... komik ker?

p/s:stil tgh carik next tarikh n destinasi utk next challenge.
moral of the story, pasni kena bwak spare pam tayar, moto 1 yg naek sorg n hp yg berkredit!!!!

 

dunia maya fatin Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez