diorg ni yg TERBAEK!! anda? bila lagi?

Sunday, January 25, 2009

adik..dan aku

contengan fatin sulaiman at 1:56 AM 5 nasik tambah

salam blogging.... aku masih disini, melihat wajah mereka antara yg aku sayg dan kasih. ini gambar yg diambil masa festival seni. lebih kurang 3 generasi, pengurusan seni. herman ibarat atok,aku dan faizi, dan mereka yg baru shj hadir dlm hidup aku. antara kejadian tuhan yg paling indah dlm hidup aku. awalnya, aku sudah punya 2 adik, sekarang dgn sekelip mata dah bertambah menjadi 4o lebih aku rasa. hebat bukan? haha..herman selalu kata yg mereka ibarat anak2 aku.haha..terima saja, tak salah pun ada anak seramai ni. yg best nya. ada kira2 10 org dtg dari seberang, Riau.. ingi, amy, mardalisa, harmon, izu, rahmat, abu, astri dan ramai lg.. yg selalu ada bila diperlukan waktu kerja atau waktu bersuka ria. aku dah ada plan utk kalian, semester ini mungkin tak semua, tp mungkin semester depan akak bawak semua pegi bejalan utk family day. plan dah ada, cuma kita settlekan yg tahun ini dulu. mari aku coret sedikit mengenai mereka yg dikatakan anak2 aku, merangkap cucu2 herman dan cicit kak suri..tak semua, tp aku cuba utk ingt..
syida ~ poyo giler..kadang2 suka merepek (kadg2 ker??)
hana ~ seyes sgt. smpai kadg2 aku pk bnyk kali gak nak ckp ngn dia
sim ~ antara amoi yg jadik feveret. s/u yg bahasa nya giler rojak
pei shan ~ sweet. baik ati n ingt senior
siew ping ~ senang nak mintak tolong. x banyk tanya
nisah ~ cikgu nieh..hmm...cikgu yg baek.even kitorg sebaya, tp stil dia hormat aku
faten syaira ~ bnyk ckp. tp at least dia feveret aku. ntah kenapa. sbb nama sama kot
fatin humaizah ~ ckp laju. cpat klam kelibut
norli ~ cikgu jugak. senang nak bwat keje
laila ~ jarg aku bwat keje dia. tp tgk muka manis dia,aku bleh rilex sket
eli ~ ni pun jarg sembg ngnn aku. tp tgk dia, memg klaka
putri ~ feveret aku gak. dia junior 1st yg aku knal, time mggu orientasi lg
semandak ~ kecoh sngt.org sabah. tak nak naek moto lgsung
siti khadijah ~ pendiam. pemalu. sweet
riau rangers ~ havoc sgt..kelakar bdak2 nieh
hani ~ confidence level yg sgt tggi. bagus bila bwat keje
yana ~ junior aku kat skolah menengah. garang. tegas. serabut
jijah ~ pendiam..comel
fadilah ~ bnyk sgt mulut. ckp xpnah stop. xabeh2 sakat aku. xpnah kering point
fatihah ~ ni pun kaki sakat aku. slalu tekena bila nak "gimme five" aku lak yg jadik mgsa
unaishah ~ budak kecik. comel. sweet. pendiam. boleh bwat keje
zie ~ mengelabah. kelaka
wan nur liyana ~ agak seyes sket. gagah. nampk cam kasa, tp ntah la nak kata
asma ~ kurus cam tiang letrik. senyuman yg manis
ezza ~ kecik je bdak nieh. sweet. tp agak2 takut..
ada lg...tp ramai sgt smpai tak teringt sumer. tp overall sumer budak2 ni sgt bagus bwat keje. cpat giler siap. kalo nak bnding ngn batch aku nyer projek, memg kitorg jauh ketinggalan ngn diorg..ahaks...so, harap korg stil jadik anak akak smpai biler2....

Wednesday, January 21, 2009

jeritan insan kecil

contengan fatin sulaiman at 10:35 AM 6 nasik tambah
salam blogging..tika ini hati aku hiba dek tindakan aku pagi tadi. sanggup aku berkasa dengan insan lemah, yg tak mampu nak mempertahankan diri pabila berdepan dengan manusia durjana seperti aku. aku tau aku kejam. maafkan fatin..


seperti hari2 Rabu yg biasa, aku akan bersiap untuk ke kelas pagi jam 8. namun, lain sungguh pagi ini. konsertrasi aku sedikit terganggu dengan bunyi gigitan tikus kecilku, Pek. Pek menggigit pintu sangkar. aku tak suka itu, lalu aku tolak sedikit Pek masuk, Pek menggigit jariku. aku dah mula naik angin namun aku masih mampu membendung.


sekali lagi, Pek menggigit tiang sangkarnya, aku tolak lagi, namun kali ini, Pek agak sedikit terkejut lalu terpelanting ke belakang, mengena Pok yg sedang duduk berdekatan gelungsur. Pok terkana gelungsur dan kelapanya berdarah. aku terkejut melihat darah. mata Pok turut berdaha. Ya Allah!! apa yg telah aku lakukan. aku sudah menzalimi makhlukMu. hatiku merudum hiba melihat luka pada kepala Pok. tak henti2 aku memohon maaf, tapi aku tau Pok tak paham. Pok agak lain ketika aku tinggalkan mereka tadi. seperti takut2, tidak seperti selalu yang akan bermain di waktu aku tinggalkan kamar. rasa bersalah yang teramat hebat. aku seperti tidak layak untuk memelihara kalian. aku lupa pada janji aku sewaktu kalian aku bawa pulang. aku zalim!




7.28 pg
Pek~ nak keluar! nak keluar!
aku~jangan la memain kat sini. (tolak Pek masuk ke dalam)
Pek~kejam betul. amik ko! (Pek gigit jari aku)
aku~aduh!!! urgh!

7.35pg

Pek~nak leuar jugak! (gigit tiang sangkar)
aku~jangan la!! (ltolak Pek masuk)
Pek~huh??! (terpelanting mengena Pok)
Pok~aduh.. (darah mengalir keluar)
~ jahatnya manusia. aku insan lemah ini dizalimi. aduh..sakitnya
aku tak mampu berkata-kata.. maafkan aku

Friday, January 16, 2009

sahabat..kawan..rakan..teman

contengan fatin sulaiman at 4:35 PM 2 nasik tambah
good friends are like stars
you dont see them, but they are always there
~old saying~
salam blogging...lama kiranya aku tidak menulis mengenai mereka..
sahabat..kawan..rakan..teman...membawa erti yang sama..pada aku mereka adalah saudara aku. tambahan bagi anak perantau seperti aku, mereka lebih kepada tempat bergantung. ramai sebenarnya kawan yang akau ada kat UKM nieh. cuma kadang-kadang aku alpa dengan kewujudan diorang. merugikan bukan? aku pernah kata pada seorang kawan, biar masa yang tentukan, memang masa telah berjaya menentukan segala. aku kira kami mungkin dan jumpa apa yang kami cari, atau mungkin kami pura-pura jumpa? betul ke? haha.. hanya tuhan yang tentukan..selepas masa, kita hanya ada tuhan....
sahabat datang dalam pelbagai warna..ada yang baik, yang pendengki, yang tikam dari belakang, yang sangta supportive, yang mencari di masa susah, yang sarcastic, pendek kata, yang macam-macam..tapi, semuanya datang atas nama kawan.. kita terima, kerana siapa kita untuk mengadili segalanya. kekadang, kita nampak seseorang ibarat nak jatuhkan kita, tapi yang sebenarnya, dialah yang cuba bangunkan kita. terlalu banya masa kita habiskan dengan komitmen, apa kata kali ini kita cuba renungkan setiap manusia di sekeliling kita. nilai mereka dari kedua-dua sudut..positif dan negatif...tapi aku rasa, lebih baik banyakkan sebelah positif kerana pada akhirnya, kita akan tersenyum mempunyai kawan seperti itu..

Wednesday, January 14, 2009

lembaran hidup wanita solehah

contengan fatin sulaiman at 8:54 AM 0 nasik tambah
salam blogging....aku termenung sejenak..memikir tentang diri, memikir tentang kehidupan, memikir tentang sikap, tentang penerimaan tuhan pada aku... layakkah aku dimata tuhan? dimana tempatku nanti?

mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
agung cintanya kepada Allah dan Rasullullah
hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
penawar jati kekasih Allah
susah dan senang rela bersama...
dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
isteri Rasulullah yang bijak
pendorong kesusahan dan penderitaan
tiada sukar untuk dilaksanakan...
mengalir air mataku
melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
akur dalam setiap perintah
taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang
tiada memiliki harta dunia
layaklah dia sebagai wanita pengjulu syurga...
ketika aku marah
inginku intip serpihan sabar
dari catatan hidup Siti Sarah...
tabah jiwaku
setabah umi Nabi Ismail
megendong bayinya yang masih merah
mencari air penghilang dahaga
di terik padang pasir merak
ditinggalkan suami akur tanpa bantah
pengharapannya hanya pada Allah
itulah wanita Siti Hajar...
mampukah aku menjadi wanita solehah?
mati dalam keunggulan iman
bersinar indah, harum tersebar
bagai wanginya pusara Masyitah....
nukilan dari diari muffakiratul mukminah

Saturday, January 10, 2009

falsafah...rahsia kejayaan

contengan fatin sulaiman at 1:14 AM 1 nasik tambah
salam blogging...falsafah, adalah apa yang kita fikir dan masih difikir setiap masa. sesetengah orang berfalsafah dan menjadikannya sebagai pegangan hidup mereka. aku ingin berfalsafah, falsafah yang sebenar....tapi masih menunggu masa yang sesuai. malam ni majlis anugerah seni. alhamdulilah..semua berjalan lancar. walaupun artisukma kelihatan agak kekwat @ sedikir over pada majlis sebentar tadi, tapi itu hanya atas dasar meraikan usaha kami selama ini menjayakan malam anugerah seni. penat yang tak terkata, sakit hati jangan disangka. hanya tuhan sahaja yang satu. tapi tak ape, itu semua lumrah hidup. menerima san menelan untuk panduan masa hadapan. banyak falsafah yang aku dapat malam ni. macam mana aku dapat? dengan berfikir sambil berseronok. mereka menerima anugerah,buat persembahan, semua boleh kita tafsirkan dalam pelbagai cara.. ni apa yang sempat aku tapis dan nampak sepanjang malam ni atas kejayaan mereka yang aku sanjung.

kak suri~buat kerja dengan ikhlas. jangan mengharap sebarang balasan selain balasan akhirat
herman~bersunggguh-sungguh hingga membuka mata dan menampakkan kualiti diri yang calang-calang orang miliki.
zahir~minat tanpa putus asa. walaupun sedang praktikal, masih turun latihan, meluangkan masa untuk terus menari.

mereka buat aku kagum dengan cara mereka. best kan..sebenarnya banyak benda mempunyai hikmah tersendiri. cuma bergantung pada cara kita tafsirkannya.

permulaan anugerah tadi agak hiba pada aku kerana angin aku kurang baik dek berlaku sedikit ketegangan dengan Faizi. tapi mula reda beberapa saat selepas itu. tapi segalanya labih indah bila kami berjaya mengondol beberapa anugerah dan antaranya hasil usaha Faizi untuk membuka fail2 lama mencari kejaayn lepas. tahniah sayang!! bangga di situ

rasa nya itu aja yang mampu dicoret. salam

Tuesday, January 6, 2009

batu belah batu bertangkup

contengan fatin sulaiman at 10:59 PM 0 nasik tambah

salam blogging... batu belah batu bertangkup.. apa signifikasi tajuk nieh... ni la masalah bila kita semakin meningkat dewasa ni. masalah orang yang suka memecah belahkan orang lain. ok tak orang macam ni? kita fikir dia pasukan, kita fikir dia kawan, tapi dialah batu belah batu bertangkup..dah dapat belum maksud aku? hehe.. meh nak jelaskan.. maksud aku batu belah batu bertangkup ni adalah mereka yang suka memecah belahkan orang lain. sehingga kadang kala kita melihat kawan sendiri sebagai lawan. seronok tak buat keje macam ni? ntah apa la yang diorang dapat kan? mungkin dia seronok kot kumpul dosa untuk bekalan hari tua. siapa tahu kan?


mana-mana pun akan ada insan macam ni dan kadang-kadang mereka ni jadi duri dalam daging. depan cakap lain, belakang cakap lain. depan cakap A belakang cakap G.. seronok tak? dia yang dapat faedah nya of course..tu la manusia. yang sembahyang, yang tak sembahyang, yang pakai tudung, yang tak pakai tudung, yang mulut longkang, yang mulut manis, macam-macam. susah nak percaya kat orang sekeliling walaupun kita dah lama kenal orang tu. mungkin korang pun tak boleh percaya aku. luaran tak menggambarkan apa-apa.

batu belah batu betangkup. bagi dan pada pendapatan aku la kan, insan sebegini samada mereka benci dengan orang yang dipecah belahkan atau pun mempunyai masalah sindrom nak jugak. sindrom nak jugak ini adalah satu perasaan nak rasa sesuatu yang orang lain ada. lebih kurang macam dengki jugak tapi lebih extreme. jauh di lubuk hati dia, dia nak sesuatu posisi sebagai contoh seorang ketua untuk memimpin pasukannya. mungkin dia rasa caranya lebih bagus. tapi, seperti yang aku katakan, mungkin je la. ada sebab mengapa dia tak dapat apa yang dia nak, sebabnya, dia tak layak pada pandangan mata orang lain. so, resolusi yang dia amik, cucuk sana, cucuk sini, bakar sana, bakar sini. tu la dia batu belah batu bertangkup. kalau betul2 jadi pada aku, mungkin aku akan lepaskan apa yang aku ada dan bagi jer pada dia. dia nak kan? buat apa nak halang. kita gembirakan hati semua. dia nak rasa, kita kasik rasa. bila dah rasa, jangan menyesal sudah. aku tak pernah menyesal dengan apa yang aku ada sekarang, dan aku tak akan sekali-kali menyesal kalau aku lepaskan apa yang aku ada sebab aku puas hati dengan apa yang aku buat. aku bagi apa yang orang nak. kan dikira mulia insyaAllah.. lebih baik tak ada apa2 dari kita menjadi penyebab hamba Allah lain buat dosa. isk..sedih...

serius time ni aku rasa air mata dara aku akan menitik sebab aku macam tak sangka akan jadi benda macam ni. isu dengki mendengki antara mereka yang kita gelar sahabat. benda-benda macam ni yang buat aku hilang keyakinan kepada mereka yang menggelar diri sahabat. di perantauan ni kita hanya punya sahabat, tapi kalau sahabat sendiri makan kita, siapa lagi yang kita punya melainkan diri sendiri? batu belah batu betangkup ni mencalar perasaan aku sedalam yang pernah aku rasa satu masa dulu.tapi tak pa, mungkin kat dalam je kot yang tercalar, luar maintain insyaAllah..


kembali kepada isu di atas, batu belah batu bertangkup, biler la ko nak kena telan ngn ikan paus? kalau ko kena telan ngan ikan paus, senang hidup aku dan yang lain.. takkan ada masalah nak buat kerja, tak kan ada masalah nak jalankan aktiviti harian, tak kan ada masalah nak rasa kurang selesa dengan orang laen. hai batu belah batu bertangkup....... semoga Allah merahmati kita semua..amin

p/s : maaf pada yang terasa, hanya menulis untuk kepuasan diri sendiri. tiada kaitan dengan yg hidup atau yg telah meninggal dunia.
 

dunia maya fatin Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez