diorg ni yg TERBAEK!! anda? bila lagi?

Sunday, November 30, 2008

memanipulasi insan lemah bergelar perempuan

contengan fatin sulaiman at 5:53 PM 1 nasik tambah
salam maya... day by day passed as usual n i started to think about this even it dont happen to me. betul ke wanita di manipulasi oleh lelaki?

samada secara (1) emosi, (2) ego, (3) perasaan, (4) gender, (5) sex dan sebagainya.. sedih bila berlaku perkara seumpama ini tambahan pula pada kaum yang sama denganku. aka tak tau samada gejala ini turut berlaku pada diri aku atau tidak.. sedih bukan wahai insan bergelar wanita..?? kenapa kaum kita dimanipulasi? aku marah, dendam, sakit hati dan banyak lagi.. tapi apa kan daya...

sememangnya lumrah kita didunia ini bahawa wanita dijadikan untuk lelaki, tetapi.......... inikah hakikatnya?

Saturday, November 29, 2008

tamakihiroshi kids 2008

contengan fatin sulaiman at 9:44 PM 1 nasik tambah

On the outside, tough scrap yard worker Takeo (Tamaki Hiroshi) seems to have nothing in common with the innocent, almost childlike Asato (Koike Teppei), but both are lonely souls bearing dark pasts. Crossing paths by chance, Takeo, Asato, and shy diner waitress Shiho (Kuriyama Chiaki) strike up an unlikely friendship, making life in their dead-end hometown a bit more bearable. Asato was born with special powers that prove to be both his blessing
and his curse..



~credit to ash & gempaq-hebat-komuniti

Friday, November 28, 2008

all about R.E.S.P.O.N.S.I.B.I.L.I.T.Y

contengan fatin sulaiman at 6:40 PM 4 nasik tambah

its all about responsibility.apa yg anda faham dengan this thing so called responsibility a.k.a tanggungjawab? hmm..pada aku, tanggungjawab tu adalah satu yg sangat aneh sampai kadang-kadang akan berlaku perselisihan faham mengenai tanggungjawab. bagi aku juga, tanggungjawab merupakan satu janji yg telah dibuat setelah kita menerimanya. let me explain it more detail...

its all about responsibility.apa yg membuatkan tanggungjawab tu membawa kepada perselisihan faham ataupun pergaduhan? menurut pandangan aku, ini disebabkan apabila terdapat insan2 yg mengabaikan tanggungjawab mereka hingga membuatkan ada yg lain terpaksa memikul tanggungjawab yg telah diterima. tak adil bukan? sebagai manusia, kita diberikan pelbagai perasaan tidak terkecuali perasaan dengki dan sakit hati. ini bukan sebab iri hati atau apa, tapi kerana terpaksa menanggung tanggungjawab org lain berikutan arahan pihak atasan, let say utk menyempurnakan sesuatu projek yg mempunyai dateline atau tugasan berisiko. mereka yg sepatutnya memikul tanggungjawab itu hanya lepas tangan dan ini yg akan menghasilkan persengketaan. teruk bukan?

its all about responsibility. tanggungjawab menurut aku adalah satu janji. cuba baygkan anda menerima satu jawatan, anda ibarat berjanji utk memegang jawatan itu dengan penuh dedikasi. janji itu kita pegang sehingga kita mendapat satu janji yg lain atau berhenti dari memikul tanggungjawab yg diberikan at the 1st place td.

hmm...situasi yg sama berlaku pd sem ni. betapa aku rasa janji aku telah selesai dan aku terpaksa memikul janji org lain. sangat tidak adil. org lain itu hanya goyg kaki n by the time project dah nak siap, tiba2 dia muncul in the middle of nowhere. sangat tak adil. aku tak kisah memikul tanggungjawab dia pada mulanya tetapi pabila ada suara2 sumbang yg mengejek aku, aku jadi panas. sebagai contoh, projek kunjungan budaya ke Hong Kong. tanggungjawab tamat tatkala aku menyerahkan laporan, surat dan semua wang yuran kepada bos. tetapi perkara sebaliknya berlaku apabila pengarah dan timbalan pengarah yg merupakan tunggang utama projek ini hilang entah ke mana. aku ditolak, dan atas alasan aku junior yg perlukan ilmu, aku disuruh memangku. sangat tidak adil bukan? baik, aku korbankan masa, tenaga, wang dan mungkin sedikit pelajaran utk projek ini. hasilnya "Hei Fatin, ko tak pegi, ko pulak yg penat2 kat sini kan? hahaha".. ini balasannya..... anda fikirkan sendiri, letakkan diri anda di tempat aku dan rasakan. ditertawa.......ditertawa kerana memikul sebuah tanggungjawab. hanya ingin membantu, tapi diejek... inilah dia, penangan tanggungawab yg aku pegang kemas...

jadi, apa pengalaman anda mengenai dis things so called "RESPONSIBILITY"

Thursday, November 27, 2008

SUTUN 1 & 2

contengan fatin sulaiman at 7:15 AM 2 nasik tambah

salam maya... entah kenapa buka je mata pagi ni aku terus terungat cerita Sutun.. so, nak gak try uplode cerita ini. depends kepada para pelawat maya fatin untuk "interprate" cerita ni dari sudut yg positif atau negatif. bukan berniat nak mengaibkan atau menyokong, tapi hanya sebagai sebuah selingan dalam hidup. layannnzzz..

(ni link utk sutun 1 dan 2, boleh pakai mana-mana link. depends kepada jenis connection yg anda pakai. sesetangah free connection dah block site ni. so, GOOD LUCK!!)

SUTUN 1
-Link 1 (password-eversite.org.my)
-Link 2

SUTUN 2
-Link 1

Wednesday, November 26, 2008

SOME SONGS FOR THE VISITORS

contengan fatin sulaiman at 9:54 AM 0 nasik tambah
radiostar-pada senyuman

carefree-rindu bayangan

bunkface-situasi

suki-siapa aku (this is me)OST Camp Rock

Yovie N Nuno-aku tak suka lagu ini

Melly feat Irwansyah-ku tunggu jandamu

point blance feat cat farish-hujan

nidji-shadows

ellegarden-good morning kids

cap ayamz-hidup satu perjuangan OST Antoo Fighter

Tuesday, November 25, 2008

Diari idaman

contengan fatin sulaiman at 7:56 PM 6 nasik tambah

salam.. hai sumer.. just nak hebahkan bahawasanya, aku telah berjaya mendapatkan sebuah diari yg sangat aku idamkan selama ini. tak mahal pun harganya, RM10.90 jer. tapi, aku terpaksa lupakan hasrat aku sebelum ni sebab kekangan duit dan beberapa masalah.

yang membuatkan aku betul-betul nak sangat diari ni adalah apabila aku tengok ex-roommate aku ada. aku baca isi kandungan diari ni dan sangat memberi kesan pada aku. jadi, aku pun tanam niat nak beli satu. samapia la satu hari aku ada terjumpa, dah nak beli dah pun, tapi tengok-tengok, aku cuma adal RM20 je time tu. aku terpaksa lepaskan dulu diari ini sebab fikir, sebab diari ni aku tak boleh makan. aku sebenarnya bukan fikir sangat perut ni, tapi fikir mak ayah yang selalu hantar duit. aku tak sanggup nak merapu sangat. so, aku terpaksa simpan kemas niat aku tu dulu.

ada pula satu hari aku pergi satu kedai buku di warta dengan faizi dan beberapa teman yang lain. sekali lagi mata aku terlihat diari ni. aku dah pegang dah nak bayar. lagipun, diari ni ada satu tu saja yang terakhir. faizi yang nak bayarkan. tapi aku tak sampai hati sebab aku tahu dia pun tak ada duit sangta masa tu. tak kesampaian lagi sekali niat aku, tapi aku redha.

kali ketiga aku tengok diari tu pagi tadi. masa nak pergi cari sedikit stationeries untuk office, tangan aku dah pegang. mula-mula fikir jugak duit. memang aku dah tak de duit langsung, tapi aku beranikan diri mintak tolong faizi bayarkan. sebab aku tahu, buat masa ni ekonomi kami dah agak stabil dari dulu. Alhamdulillah dia sanggup bayarkan. aku sangat la happy, satu jer perkataan yg kuar masa tu untuk faizi "Terima Kasih"

mungkin orang ingat ia hanya sebuah diari biasa, tapi bagi aku, ia sebagai satu pegnagn dan landansan untuk aku berpegang teguh ke jalan Allah setiap masa kerana banyak pedoman yang aku boleh dapat melalui diari tu. ada juga untuk aku kongsi dengan pembaca sekalian, antaranya ;

"wanita, apabila setiap pekerjaan hariannya dilakukan kerana Allah, nescaya pahala yang diterima berganda-ganda..oleh itu sentiasa mulakan apa-apa pekerjaan dengan lafaz Bismullah..."

"peribadi Muslimah,(1)wanita Islam dengan tuhannya, (2)wanita Islam dengan dirinya, (3)wanita Isalam dengan Ibu Bapanya, (4)wanita Islam dengan suaminya, (5)wanita Islam dengan anak-anak dan menantunya, (6)wanita Islam dengan jirannya, (7)wanita Islam dengan saudara dan sahabatnya, (8)wanita Islam dengan pekerja professionalnya."

"berikan sepenuh kasih sayang kepada kedua Ibu Bapa, kerana mereka adalah pemegang tali penghubung nyawa ketika kamu meningkat dewasa;kasih mereka terhadap anak adalah kasih titik peluh yang tidak mungkin terbalas"

"kasihi keluargamu, kerana mereka adalah insan yang paling rapat dalam hidupmu dan tak mungkin dapat dipisahkan dengan apa jua pun;bagai dicindang air yang tidak akan putus"

"berbudi luhur dan beramah mesra dengan jiran tenagga, kerana mereka adalah sebahagian dari keluarga kamu"

"dari itu, sayangkan dirimu, cintai Allah dan kasihi akan Rasul-Nya;kerana tidak dijadikan kekasih-Nya, Muhammad, melainkan menjadi rahmat semesta alam"

"berpegang teguh kepada keimanan yang kamu tanamkan ibarat pokok yang tidak berganjak dipukul ribut;kerana itu adalah satu-satunya keselamatan di sunia dan di akhirat"

"Semoga Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang mencucuri kasih dan sayang kepada hamba-Nya yang khusyuk dalam menyintai-Nya"

Sunday, November 23, 2008

EMOTIONALLY UNSTABLE

contengan fatin sulaiman at 5:28 PM 5 nasik tambah

emotionally unstable.the best word to describe what i m currently facing now. lot of things are playing in my mind now. works, study, family, God, parents, friends, him.. n everything is a mess. why it has to be this way? why cant i live like the others? is it i m the one who think too much? just dont get it.

emotionally unstable. wish 4 a miracle to come. or dead to call me now. maybe i m not ready to face Him yet but at least there's a better place 4 me 2 go. am i thinking 2 much? can everything get back to normal again? being left alone get me think all this things, am i doing it right? can someone guve me the answer?

emotionally unstable.try not 2 be ungrateful.

Saturday, November 22, 2008

langit tak sentiasa terang

contengan fatin sulaiman at 10:06 PM 3 nasik tambah
salam blogging...

langit tak sentiasa terang, hidup tak sentiasa indah. ungkapan yang sangat istimewa dalam hidup aku. anak pertama dan aku kira mungkin cucu pertama dalam keluarga yang tinggal jauh dari keluarga. sangat membebankan aku. keluarga melihat sebagai perintis satu tradisi baru, tapi aku melihat ia sebagai satu bebanan yang aku pikul di bahu seorang diri. berat sekali. acapkali aku cuba berfikiran positif, aku ada tanggungjawab di sini. tapi, aku hanya manusia. acapkali juga ada hasutan syaitan. seringkali aku terpesong di bumi perantau ini. aku cuba beristighfar, kembali kepadaNya. maafkan tien ayah, mak..

langit tak sentiasa terang, hidup tak sentiasa indah. pancaroba hidup di perantauan banyak memberi pengalaman indah yang baru tidak lupa juga pengalaman pahit yang mendewasakan. semua itu mengajar, aku terima kerna apakan daya menolak qada' dan qadar tuhan. bak kata pujangga, walaupun pahit, ku telan jua. tapi,alasan sebagai manusia biasa tidak menghadkan aku kepada hanya menerima semuanya. aku cuba mengatasi, aku cuba mencari penyelesaian baru kepada sebarang duri yang hadir. jika bukan aku, siapa lagi.

langit tak sentiasa terang, hidup tak sentiasa indah. indahnya bumi orang, tapi aku sangat merindu bumi sendiri. dimana ada ayah dan mak, di situ tempatku. disitu tanahku, disitu cintaku. ayah dan emak pendorong terbesar dalam hidupku. aku dah tak punya kawan yang boleh dibawa bicara selain dia. dia yang menjaga segalanya mengenaiku disini, baik dari makan pakaiku, hingga tidurku. tak pernah merasa terbeban melayan kerenahku. inilah yang aku maksudkan dengan niat yang terpesong. munkin kurang kasih sayang dan perhatian disini, membuatkan aku ada dia. tapi aku tak kisah, selagi niat dan tanggungjawab pada keluarga tidak terganggua, dia aku izinkan menemani. mungkin ada hikmah yang tersembunyi.

langit tak sentiasa terang, hidup tak sentiasa indah. buat ayah dan bonda. ku kira mereka sedangg asyik bersembang di rumah sekarang. itulah rutin hidup baru mereka semenjak setahun ini setelah pemergianku. sedang menanti cucu ke4. alangkah indah hidup kurniaan tuhan ini. aku rindu ayah dan bonda. masih terasa hangat tangan ayah mengucap tahniah pada hari keputusan SPM ku keluar. ayah tidak pernah memeluk, tapi ucapan tahniah dan salamnya hari itu, sangat berlainan. hanya tuhan yang tahu betapa dia bangga. mak pula, masih terasa hangat pelukannya kala aku pulang dengan jeritan. mak juga tidak pernah memelukku. itu kali pertama dalam hidup dewasaku, mak memelukku, apa yang aku tahu kala itu, aku enggan melepaskan pelukan itu. syahdu rasanya.. mereka merupakan insan yang paling gembira hari itu. mak menangis menatap keputusan SPM ku. air mata gembira buat kali yang pertama keluar selepas segala onar yang aku buat.

langit tak sentiasa terang, hidup tak sentiasa indah. aku rindukan rumah. teratak kami di Kedah. tapi, masih terasa bahang panas yang menjilat rumah itu pada 26/12/07. rumahku, hangus dijilat api. segala kenangan selama 12 tahun aku disitu, lenyap begitu sahaja. masih terasa air mata mak mengalir dibahuku. mak terkulai, nyaris pengsan pabila terlalu banyak menghidu asap. mak menangis teresak-esak diluar, terduduk di jalanan melihat hasil titik peluh ayah selama ini hangus dijilat api dengan sekelip mata. ayah, tidak mampu berkata apa. ayah hanya tersenyum. aku tau dalam dirinya, masih bertarung dengan rasa kesal, tapi dia cuba kuat, memberi kekuatan kepada kami sekeluarga. malamnya, ayah menangis sendiri. ayah belum cukup kuat. siapa yang tegar melihat hasil usaha selamat 40 tahun lenyap begitu saja. pada masa itu, kawan-kawan dan saudara menjadi kekuatan terbesar ayah. tapi,aku lihat ayah dan mak masih fobia dengan api sekarang. bermula pada hari itu, aku berjanji pada diri untuk mempersembahkan sebuah rumah baru kepada ayah dan mak hasil titik peluh aku sendiri. mereka akan tinggal bersama keluargaku nanti.

langit tak sentiasa terang, hidup tak sentiasa indah. aku sudahi kiriman kali ini dengan luahan hati buat mereka yang ku glar ayah bonda.

"ayah dan bonda, doakanlah kejayaan fatin di rantauan. satu hari, fatin akan pulang dengan amat yang telah diamanahkan. usaha fatin ini yang akan membalas segala jerih yang ayah dan mak tanggung selama membesarkan fatin. sesungguhnya fatin selalu menyakiti ayah dan mak dengan keranah fatin. tapi satu sahaja harapan fatin, moga satu hari nanti, ayah dan mak dapat bergambar bersama fatin tatkala fatin menggenggam segulung ijazah. khas untuk ayah dan mak. ijazah itu bukan milik fatin, tapi hasil usaha ayah dan mak. saya sayang kalian"

Thursday, November 20, 2008

my heart turn to pieces

contengan fatin sulaiman at 8:46 PM 9 nasik tambah

soooooo long... cant even imagin when was the last time i feel this way.. its hurt again.. bak kata org "luka lama berdarah kembali"... dulu aku selalu cakap, yg "women can easily forgive but never forget", tanpa faham apa maksud sebenar ayat tu.. n now, aku dah faham... tiba-tiba aku rasa ibarat langit ke tujuh menimpa kepala aku... Ya Rabbi... kuatkan Iman aku, sesungguhnya, dinding itu sungguh rapuh.. memenatkan...dinding yang aku bina hampir setahun...patutla ada pepatah, setahun jagung..mungkin dinding yg aku ingatkan cukup kukuh, cuma hanya sekukuh batang jagung.... sakitnya..... bila aku terpandang, antara reaksi aku yg pertama, menutup mulut sambil air mataku berlinangan... AstagfirullahHalazim... kuatnya penangan itu..aku masih lemah..atau..aku memang lemah..insan lemah yang hanya berlakon kuat bak Siti Khadijah? aduh, aku tak layak berdiri bersama mereka. masih banyak yg perlua aku teroka di bumi Allah ini, masih banyak kekuatan yang perlua aku kutip. hatiku yang telahh berderai tadi, aku kutip, dan ku susun semula... hanya doa yg dapat aku titipkan....Ya Allah, kuatkan hambamu yg hina ini, sesungguhnya aku selalu lalai dengan Mu......

Wednesday, November 19, 2008

aku suka...but end up....

contengan fatin sulaiman at 5:12 PM 8 nasik tambah
hmm.....aku sumer....but end up....

banyak yg aku suka, tp end up dengan benda lain.. ni l yg dinamakan takdir

aku suka toilet no 3, tp slalu end up pakai toilet no 2 (sbb toilet tu slalu pnuh),
aku suka shower no 4, tp slalu end up pakai shower no 5 (sbb no 4 slalu tsumbat),
aku suka tdo pluk spongebob, tp end up peluk patrickk biler aku bangun,
aku suka study law, tp end up study IR,
aku suka makan mcD, tp slalu end up makan KFC (sbb ayam KFC lg sdap),
aku benci US, tp end up aku bercita-cita nak bwat master kat sana,
aku suka minum air ais, tp end up aku gak yg akan terbatuk2 nak terkuar tekak,
aku suka tinggal kat KIY, tp end up last2 aku kena g zaba gak (tp next sem KIY balik),
aku suka bracelet, tp end up aku tak pakai lama pun kalau beli,
aku nak je pegi Hong Kong, tp end up aku gak yg anta diorang g KLIA,
aku giler2 nak JPA, tp end PTPTPU jugak yg aku dapat,

aku nak macam2, tp end up ada yg dapat, ada yg x.....so, apa yg aku nampak skarang, apa yg kita nakkan tak selalu kita dapat. Dia tahu apa yg terbaik utk kita, dan itulah apa yang Dia berikan pada kita. cuma kita jangan sedih, amik masa, fikirkan kejadian fitrah itu. kita akan nampak apa yg cuba disampaikan...

p/s:diorg la peneman tdo aku yg paling setia. tp yg x best, akalu bangun jer, sponge bob skalu kat bawah. merajuk kot..huhu

Friday, November 14, 2008

kawan

contengan fatin sulaiman at 5:17 PM 4 nasik tambah

..kawan..sahabat..friend..teman..
istilah yg sangat bermakna dalam hidup aku....kalau dulu, kemana sahaja, "beremba" bak kata org aku... ramai2 gerak...kami ada 4 org..tp sekarang... hanya tinggal aku dan dia. satu tindakan, yg aku kira paling besar aku lakukan, dalam usaha mencari satu titik dalam hisup, telah memecah belah hidup kami.. tapi aku tak menyesal, apatah lagi marah, berdendam, sakit hati dengan tindakan aku atau apa yg telah terjadi. walaupun aku yg dilihat bersalah, tapi apa yg aku boleh buat selain berdoa sebagai hambaNya, moga tindakan aku dan dia tidak disalah ertikan. aku sangat sayang kalian sebenarnya. tiap pagi, aku tatap kenangan kita bersama, ibarat satu keluarga. tapi sekarang, hanya tinggal kami. dekat tetapi jauh. itulah apa yg paling te[at mengenai kami semua. dekat tetapi jauh. aku ingin sentuh dia yg ku panggil adik, aku ingin usik dia yg ku panggil sahabat. tapi impian hanya tinggal impian. banyak impian aku dengan mereka, tapi hanya terkubur, mungkin untuk seketika, mungkin juga untuk selamnya. aku sedih. janji aku pada dia yg bergelar adik, biar masa yg tentukan... itu ayat standard. aku tak dapat berfikir masa itu. menatap wajah dia apatah lagi. perkenalan singkat kami, aku kira bagai ikatan suci antara aku dengan dia yg bergelar adik. sayang nya aku pada adik. sudah hampir 6 bulan kami begini. bertegur ibarat orang asing di bumi Allah. hatiku sakit setiap kali aku ibarat berpura-pura menahan diri dari memeluk dia yg ku gelar adik. sayangnya aku pada engkau..ada yg bertanya,tak kurang juga yg membuat spekulasi, tapi aku tak kisah. dia masih adik aku. hidup mati dia tetap adik. hai...rindunya pada masa dulu. aku tak pernah berhasrat untuk undur masa, kerna aku tahu siapa aku. berhasrat sahaja, sudah hampir membuat aku hilang pedoman. aku terima takdir Illahi.

pada yg aku kira tersinggung dengan tindakan kami, luahkan, dan fikirkan sejenak.. rasionalkah tindakan anda.rasionalkah pemikiran anda.rasionalkah apa yg anda katakan itu. aku tak kisah,cuma aku tak suka bila ada yg mengganggu pemikiran kalian melihat kami.

aku sangat sayang kalian

Thursday, November 6, 2008

aku ingin menulis

contengan fatin sulaiman at 10:50 PM 5 nasik tambah
aku ingin menulis mengenai Amerika Syarikat..mereka yg dikatakan kuasa hegemon dunia (sole superpower). Amerika Syarikat pernah suatu masa dulu merakyatkan demokrasi di seluruh dunia...tapi sekarang, mereka hanya satu negara yang bertopengkan demokrasi. kesalnya kita..aku lahir selepas mereka, aku mengkaji mengenai mereka, lalu aku benci pada mereka,Amerika Syarikat.

suatu masa dulu, kita cuba bangun. dunia cuba bangun mencari identiti sendiri. penaklukan wilayah, penjajahan menjadi satu wadah melempiaskan semua. tapi, kita ada penjajahan bentuk baru sekarang. tak perlu lagi perang, tak perlu lagi senjata..hanya ideologi..
aku ingin menulis..tiba2, tangan rasa sangat ringan untuk dihayun, singgah di tinta blogspot.. siapa? jangan tanya siapa, tepuk dada tanya selera. sebut saja madonna, siapa tak kenal? sebut saja Mc Donald, siapa tak makan? sebut saja James Bond, siapa tak tengok? Sebut saja jeans, sapa tak pakai? aneh bukan..kita menentang penjajahan, tapi tengok, ini tindakan kita. aku tak menafikan, aku juga begitu. mengapa? jika tak sedap dipanggil penjajahan, apa kata kita sedapkan lagi istilah itu, gobalisasi.....

masyarakat seolah-olah tak kisah tentang ini... apa itu hegemon pun tak kisah kan? tapi aku kesah...aku tak suka semua ni, aku takut, kita tenggelam satu masa nanti. hegemon, mungkin masyarakat tak ambil pusing pun, sebab, tak terkesan dek panahan hegemon. tapi, sebenarnya, kita akan terkesan secara langsung...

hegemon US, serang Iraq, serang Iran, amaran sana amaraan sini...apa tu? siapa mereka? ntah siapa yang bagi autoriti nak nak jadi kerajaan dunia ntah.. aku benci semua ni.. aku dah malas nak bicara..biar mereka yang buat keputusan... aku mahasiswa, walaupun kudrat empat kerat x bermaya, tapi aku akan cuba , buka minda, buka hati orang lain sedar semua nie. bukan untuk boikot, tapi nak sedarkan sahaja.. bagi kita nampak, siapa kita di bumi sendiri.
 

dunia maya fatin Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez